HEADLINES

Kanak-kanak 18 bulan jadi korban pertama banjir di Kelantan

Kanak-kanak itu berjaya ditemui pada 1.40 petang, namun telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan

5:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan di Kampung Kenari, Kota Bharu, menjadi korban pertama banjir di Kelantan selepas tergelincir di dalam sungai ketika bermain di belakang rumahnya, tengah hari tadi.

Komander Operasi Kanan Bomba Kelantan, Zukeri Shafie berkata, berikutan itu Unit Khas Pasukan Penyelamat Di Air (PDDA) telah berkejar ke tempat kejadian sebaik menerima laporan pada 12.17 tengah hari ini.

Jelasnya, PDDA telah melakukan operasi pencarian dengan melakukan selaman di kawasan mangsa dipercayai hilang.

“Kanak-kanak itu berjaya ditemui pada 1.40 petang, namun telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan.

“Mayatnya telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memaklumkan, anggota bomba terlibat dalam operasi mencari adalah daripada balai bomba Kota Bharu, Pengkalan Chepa dan Pasir Tumbuh.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk tindakan selanjutnya. – 26 November, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia ranks 13th in Global Peace Index, maintains strong score despite drop

Home Minister Saifuddin Nasution says Malaysia’s consistent peace score was overtaken by improved performances from other nations, including Scandinavian countries

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related