◉ HEADLINES

‘Kenyataan SPRM berniat jahat, sengaja bina persepsi negatif’: Aman Palestin

Tindakan itu juga didakwa propaganda jahat untuk 'membunuh karakter' Aman Palestin dan ahli lembaga pengarahnya.

11:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 41 akaun Aman Palestin (AP) dan beberapa entiti berjumlah RM15,868,762.00 disifatkan berniat jahat serta cubaan memburukkan imej pertubuhan bukan kerajaan itu.

Peguam AP, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, tindakan itu juga didakwa propaganda jahat untuk membunuh karakter (character assassination) Aman Palestin dan ahli lembaga pengarahnya.

“Tindakan SPRM semenjak kenyataan media bertarikh 23 November lalu sehingga sekarang dengan pembocoran maklumat siasatan (yang dinafikan dakwaan-dakwaan itu), adalah satu komplot terancang dan propaganda jahat, bagi membunuh karakter Aman Palestin dan ahli lembaga pengarahnya.

“Kenyataan media pihak SPRM pada perenggan ketiga, jelas berniat jahat dan sengaja diterbitkan untuk membina persepsi negatif terhadap Aman Palestin.

“(Malah) tindakan SPRM yang mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa sebegini tanpa membuat amaran kepada masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi, menimbulkan pelbagai tohmahan dan fitnah,” katanya pada sidang media di Bangi, malam ini.

Terdahulu, SPRM menerusi kenyataan media memaklumkan, pihaknya merakam beberapa keterangan saksi penting dan hasil siasatan awal itu mengenalpasti, wujud beberapa isu membabitkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta.

Dana itu dikatakan disalurkan bagi tujuan selain objektif penubuhan syarikat berkenaan.

Rafique turut mempersoalkan kredibiliti SPRM yang seharusnya bertindak lebih adil dan profesional dalam menjalankan siasatan, bukannya terus menghukum AP.

“Kenyataan SPRM berkait dengan kes ini ternyata tidak cermat, tidak teliti, tidak boleh dipercayai serta tidak berintegriti.

“Ini membawa impak besar terhadap AP, ahli lembaga pengarahnya serta keluarga mereka.

“SPRM adalah sebuah agensi penyiasatan dan mestilah bertindak adil dalam siasatan. SPRM tiada kuasa menghukum…itu tugas dan bidang kuasa sistem kehakiman di mahkamah,” katanya. – 27 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related