HEADLINES

PRK Kemaman: Tiga pengundi awal tunai tanggungjawab hari ini

Ketiga-tiga pengundi yang merupakan pasangan tentera itu akan menunaikan hak mereka di pusat mengundi Balai Polis Kijal, di sini, bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari nanti

8:33 AM MYT

 

CHUKAI – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman boleh dikatakan agak unik apabila pengundian awal yang ditetapkan hari ini, hanya melibatkan tiga pengundi.

Ketiga-tiga pengundi yang merupakan pasangan tentera itu akan menunaikan hak mereka di pusat mengundi Balai Polis Kijal, di sini, bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari nanti. 

Sebelum ini, selain tiga pengundi itu, SPR mengumumkan pengundian awal bagi PRK itu akan membabitkan seramai 387 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan enam anggota tentera.

Bagaimanapun, Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata kesemua mereka telah diarahkan mengundi secara pos bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja menyelamat dan bertugas pada musim banjir.

Pengarah Meteorologi Terengganu Rosli Zakaria ketika dihubungi Bernama berkata cuaca di kawasan Parlimen Kemaman hari ini diramalkan hujan berterusan bermula pagi hingga petang nanti. 

PRK Kemaman yang ditetapkan 2 Dis ini sebagai hari mengundi menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

Ia yang melibatkan 141,790 pengundi layak termasuk pengundi pos dan awal, perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). – 28 November, 2023

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

RM1.3bil raised, but MEX II left incomplete with only RM30mil in the bank

With construction stalled, government mulls takeover as MACC probes RM416 million in alleged false claims 

Related