◉ HEADLINES

Kes denggi, cacar monyet antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Menurut aturan urusan mesyuarat, Datuk Seri Dr Shahidan Kasim (PN-Arau) bertanyakan Menteri Kesihatan mengenai langkah drastik bagi mengekang kes denggi pada sesi soal jawab

9:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Langkah mengekang kes denggi yang semakin meningkat dan pencegahan jangkitan cacar monyet antara yang menjadi tumpuan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut aturan urusan mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Datuk Seri Dr Shahidan Kasim (PN-Arau) bertanyakan Menteri Kesihatan mengenai langkah drastik bagi mengekang kes denggi pada sesi soal jawab.

Sabri Azit (PN-Jerai) pula bertanyakan langkah pencegahan bagi memastikan jangkitan cacar monyet yang dilaporkan telah wujud di Malaysia, tidak menular seperti virus COVID-19.

Dalam sesi sama, Zahari Kecik (PN-Jeli) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah proaktif kementerian itu bagi menjamin kebajikan pesara polis seluruh negara sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka. 

Selain itu, Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bertanyakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengenai perancangan dalam mempertingkatkan bilangan usahawan serta bantuan untuk memajukan usahawan bumiputera.

Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang bermula 9 Okt lepas dijadual berakhir Khamis ini. – 29 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

◉ Related