HEADLINES

‘Saya jamin tiada Ahli Parlimen Umno akan paling tadah sokong PN’

Jaminan itu diberikan Asyraf kerana setiap Ahli Parlimen mempunyai dua perjanjian, termasuk perlu membayar bon RM100 juta jika ingkar kepada ketetapan parti

11:07 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memberi jaminan bahawa tiada mana-mana ahli Parlimen daripada parti itu, akan berpaling tadah menyokong Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, jaminan itu berpandukan kepada dua sebab, iaitu pertama, ahli Parlimen berkenaan sudah menandatangani perjanjian bahawa sekiranya ingkar kepada keputusan parti, secara sukarelanya dia akan melepaskan keahlian dalam parti Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Apa kesan dia, kesan dia Akta Anti Lompat Parti, apabila dia keluar daripada parti bermakna dia terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen terbabit,” katanya pada Ceramah Mega Perpaduan Madani di Geliga, Kemaman malam tadi.

Asyraf berkata, sebab kedua adalah ahli Parlimen itu menandatangani perjanjian yang menetapkan setiap daripada mereka perlu membayar bon bernilai RM100 juta jika ingkar kepada ketetapan parti.

“Kita sudah ada satu kes di mahkamah tinggi, Zuraida (Datuk Zuraida Kamaruddin), iaitu bekas ahli Parlimen PKR keluar parti, mahkamah tinggi buat keputusan apa, keputusan dia kena bayar bon RM10 juta,” katanya sebaga mengulas dakwaan pihak tertentu yang mengatakan Umno sedang memujuk ahli Parlimennya.

Pada masa sama, Asyraf menyifatkan dakwaan bahawa PN akan menubuhkan kerajaan sebagai ‘tidak logik’ memandangkan jumlah ahli Parlimen gabungan itu hanya 69 orang.

“Hari ini ahli Parlimen yang menyokog Kerajaan Perpaduan ada 153 orang, ahli Parlimen PN ada 69 orang, macam mana nak tubuh kerajaan, kena ada 112, (ini) 69 nak cari mana lagi, nak cari mana. Keluarga 69.

“Kononnya dia kata kita sedang pujuk ahli-ahli Parlimen,” katanya.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, keputusan Umno bersama Kerajaan Perpaduan bukan kehendak parti itu, tetapi ia takdir Allah SWT dan titah Yang Dipertuan Agong.

“Dia kata kita main titah Yang Dipertuan Agong, ini tidak betul, Dipertuan Agonglah yang menitahkan supaya kita semua tubuh Kerajaan Perpaduan.

“(Sebanyak) 14 parti sokong, satu saja parti tolak (iaitu) PN. Siapa yang nakkan perpaduan, kita, siapa yang tolak perpadua, PN,” katanya. – 30 November, 2023

Topics

 

Hangat

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

Related