HEADLINES

Penganggur terlepas tuduhan bunuh bapa saudara

Ketidakwarasan tertuduh dibuktikan kerana dia tidak cuba menghapuskan bukti apabila batu-bata yang dipercayai digunakan sebagai senjata pembunuhan dibiarkan di tempat kejadian

3:29 PM MYT

 

TAIPING – Seorang penganggur dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh bapa saudaranya setelah Mahkamah Tinggi di sini mendapati dia tidak siuman ketika melakukan perbuatan itu tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Noor Ruwena Md Nurdin ketika membaca penghakimannya berkata, kes tersebut tidak perlu dipanggil untuk pembelaan susulan mahkamah berpuas hati dengan laporan dan keterangan saksi iaitu seorang psikiatri yang mengesahkan tertuduh mempunyai penyakit Skizofrenia sejak 2009.

“OKT (orang kena tahan) juga mempunyai kebergantungan kepada dadah yang memburukkan lagi keadaan.

“OKT berada dalam keadaan mental yang tidak waras dan tidak sedar akan sifat dan akibat daripada perbuatannya serta tidak mampu untuk mengetahui bahawa perbuatannya adalah salah dan bertentangan dari segi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata, ketidakwarasan tertuduh juga dibuktikan apabila tertuduh tidak cuba menghapuskan bukti apabila batu-bata yang dipercayai digunakan sebagai senjata pembunuhan masih berada di tempat kejadian.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh Ahmad Tarmizi Harun, 33, dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan mengikut Seksyen 348 Kanun Tatacara Jenayah.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Tarmizi yang masih bujang didakwa membunuh Ahmad Halim Bahari, 61, di halaman rumah di Kampung Piang, Mukim Kerunai, Gerik pada 10 November 2020 yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Bagaimanapun susulan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846), dia boleh dikenakan hukuman penjara 30 hingga 40 tahun dan sebatan tidak kurang dari 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sally Chai Mei Ling, manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh. – 30 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related