HEADLINES

Gambar Jason Statham lawat Masjid Abu Dhabi raih lebih 1.5 juta tanda suka

Jason membuat lawatan ke masjid ketiga terbesar dan terindah di dunia itu bersama tunangnya, Rosie Huntington-Whiteley

8:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aktor Britain terkemuka, Jason Statham meraih perhatian peminat di seluruh dunia apabila berkongsi beberapa gambar lawatannya ke Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi menerusi Instagram.

Jason membuat lawatan ke masjid ketiga terbesar dan terindah di dunia itu bersama tunangnya, Rosie Huntington-Whiteley yang tampil sopan mengenakan jubah putih berserta selendang panjang menutupi rambutnya.

Dengan hanya menulis kapsyen ‘Sheikh Zayed Grand Mosque #InAbuDhabi, perkongsian John itu meraih lebih 1.5 juta tanda suka daripada seluruh pengikut dan peminatnya dalam tempoh sembilan jam.

Rata-rata mereka sangat mengalu-alukan kedatangan Jason dan tunangnya ke masjid berkenaan, selain berpendapat mereka adalah pasangan cantik serta sepadan.

Bahkan, ada dalam kalangan peminat Muslim, mendoakan agar Allah SWT memberikan hidayah buatnya untuk memeluk Islam.

Ada pula menjelaskan kepada John mengenai kehebatan seni bina masjid berkenaan yang cukup memukau mata.

Tidak dapat dipastikan bila saatnya Jason berada di Abu Dhabi dan tujuan kedatangannya ke situ, namun apa yang pasti, dia meluangkan masa seketika untuk melawat Masjid Sheikh Zayed.

Masjid itu sememangnya menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia, termasuk individu bukan Islam.

Ia mempunyai 82 kubah yang dihias dengan batu marmar putih, manakala bahagian laman dalamnya diturap mozek dan marmar berwarna-warni seluas 17,000 meter persegi.

Masjid itu juga dikatakan memiliki hamparan permaidani terbesar di dunia hasil rekaan artis Iran, Dr Ali Khaliqi, dengan chandelier ketiga paling besar di dunia yang diperbuat daripada tembaga bersalut emas.

Dalam hantaran dimuatnaik Jason itu, dia turut bergambar di ruang yang dihiasi dengan hamparan permaidani dan chandelier berkenaan. – 1 Disember, 2023

Topics

 

Popular

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related