◉ HEADLINES

Kit Siang saran Hadi berundur, beri laluan Samsuri pimpin PAS

Menurutnya, Samsuri boleh mengemudi parti itu menjadi lebih sederhana dan berfikiran terbuka

5:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tan Sri Abdul Hadi Awang disaran berundur sebagai Presiden PAS dan menyerahkan kerusi diterajuinya itu kepada Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berkata, Samsuri boleh mengemudi PAS menjadi lebih sederhana dan berfikiran terbuka.

“Tahniah kepada Samsuri kerana memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

“Adakah Hadi akan berundur sebagai Presiden PAS bagi membolehkan Samsuri memimpin PAS yang lebih sederhana dan berfikiran terbuka?” soalnya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Kit Siang, jika Hadi meletak jawatan sebagai Presiden PAS, Samsuri boleh memimpin PAS dengan ‘menceraikan diri’ daripada ucapan berbaur kebencian dan pembohongan serta berita palsu yang sering digunakan pembangkang sejak akhir-akhir ini.

“Samsuri adalah seorang jurutera aeroangkasa. Adakah beliau akan membawa PAS ke era baharu yang lebih relevan dengan realiti dan keperluan Malaysia?” soalnya.

Semalam, PAS berjaya mengekalkan status quo apabila memenangi PRK Parlimen Kemaman dengan majoriti yang lebih besar, dengan penambahan lebih 10,000 undi.

Calonnya, Samsuri menang dengan majoriti 37,220 berbanding 27,179 undi yang dimenangi penyandang sebelum ini, Che Alias Hamid dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Kit Siang mendakwa masa depan Malaysia akan menjadi sangat suram jika parti pembangkang di Parlimen diketuai oleh parti di mana Ahli Parlimennya termasuk mereka yang mempunyai kelayakan PHD tetapi ‘buta media’ dan tidak boleh membezakan antara kebenaran dan pembohongan.

Walaupun tidak menamakan sesiapa, Kit Siang dipercayai merujuk kepada dakwaan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad (PAS) yang mengaitkan beliau mempunyai pertalian dengan Parti Komunis dan ketuanya, Chin Peng.

Disebabkan kenyataan tersebut, tiga pemimpin DAP termasuk Kit Siang memfailkan saman fitnah terhadapnya. – 3 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Seedance 2.0 and Napster: History repeating in digital disruption, backlash, and forced evolution? – K V Soon

From Hollywood backlash to forced evolution, generative AI tools like Seedance 2.0 pose both challenges and opportunities for Malaysia’s film, animation, and cultural sectors

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

Seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai lemas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

Polis teruskan pemantauan dan rondaan berkala di lokasi tanah jerlus

Tugas polis lebih kepada keselamatan orang ramai dan pemantauan serta rondaan secara berkala

◉ Related