HEADLINES

Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus, muntahkan abu sejauh 3km

Peningkatan aktiviti gunung berapi di gunung setinggi 2,891 meter itu berterusan sejak awal tahun ini

10:04 PM MYT

 

JAKARTA – Gunung Marapi, gunung berapi paling aktif di Pulau Sumatera, meletus pada 2.54 petang (waktu tempatan) hari Ahad, menyebabkan hujan abu di daerah Agam di Sumatera Barat dan pihak berkuasa menasihatkan orang ramai memakai pelitup muka.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG) melaporkan letusan itu memuntahkan abu mengandungi bahan gunung berapi sehingga tiga kilometer (km) dari kawah puncak, diiringi bunyi gemuruh.

Peningkatan aktiviti gunung berapi di gunung setinggi 2,891 meter itu berterusan sejak awal tahun ini dan status amaran ditetapkan pada tahap dua.

Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan Abdul Muhari berkata tidak ada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerugian harta benda dan aktiviti masyarakat tidak terjejas.

Menurut seorang pegawai di agensi operasi bencana di Agam Ade Setiawan hujan abu gunung berapi berlaku di Nagari Lasi, mukim Canduang.

“Hujan abu gunung berapi agak tebal dan gelap tetapi ia kini mula berhenti,” tambahnya.

Pihak berkuasa tempatan menasihatkan orang ramai untuk memakai pelitup muka semasa keluar rumah, membersihkan bekalan air dan bumbung daripada abu gunung berapi untuk mengelakkan ia runtuh.

Gunung Marapi meletus pada 8 September 1830, dan sekali lagi pada 30 April 1979 menyebabkan sekurang-kurangnya 60 kematian.

Ia menunjukkan peningkatan aktiviti dari akhir 2011 hingga awal 2014 dan meletus pada 26 Februari 2014, mengeluarkan bahan gunung berapi ke Agam dan Tanah Datar. – 3 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related