HEADLINES

Laporan RCI Tabung Haji masih berstatus rahsia: Na’im

Datuk Mohd Na’im Mokhtar menjawab soalan tambahan daripada Senator Datuk Seri Mujahid Yusof yang ingin tahu mengenai laporan RCI dan adakah ia akan dibentangkan kepada umum

1:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Laporan hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji masih berstatus rahsia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, Tabung Haji bagaimanapun telah memulakan langkah-langkah penambahbaikan dan pemulihan terhadap pengurusan serta operasi agensi tersebut dengan mengambil kira syor-syor yang dicadangkan oleh RCI.

“Syor-syor melibatkan perkara dasar akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk keputusan sama ada laporan RCI itu boleh didedahkan kepada pihak yang terlibat,’’ katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Senator Datuk Seri Mujahid Yusof yang ingin tahu mengenai laporan RCI dan adakah ia akan dibentangkan kepada umum.

Ini kerana, kata Mujahid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), beliau merupakan antara 43 saksi yang telah dipanggil untuk memberikan keterangan pada RCI terbabit.
“Namun sehingga kini tiada apa-apa laporan dibentangkan,’’ katanya.

RCI itu ditubuhkan bagi melaksanakan siasatan dan menyediakan laporan untuk dipersembah kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam tempoh enam bulan selepas penubuhannya.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Wan Jaafar yang pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata, beliau yang membantu Menteri Agama untuk menubuhkan RCI tersebut.

Dalam hal ini, ia terserah kepada Kabinet untuk menentukan apa yang ingin dilakukan dengan laporan RCI terbabit. – 5 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related