◉ HEADLINES

Aksi polis buang bangkai ular di tengah jalan tarik perhatian ramai

Meskipun tidak dinyatakan apakah ular terbabit, namun saiznya agak panjang

3:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aksi seorang anggota polis trafik mengalihkan seekor ular yang mati akibat dilanggar di tengah Jalan Kinabalu, arah utara, petang tadi telah menarik perhatian ramai.

Kejadian itu berlaku pada 1 petang tadi.

Dalam gambar-gambar yang dimuatnaik dalam Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu menunjukkan salah seorang anggota polis mengawal lalu lintas sementara seorang lagi mengutip bangkai ular terbabit.

Meskipun tidak dinyatakan apakah ular terbabit, namun saiznya agak panjang.

“Pada jam 1300hrs (1 petang), anggota JSPT KL membantu mengalihkan ular yang dilanggar oleh kenderaan orang awam di Jalan Kinabalu arah Utara,’’ kata JSPT.

Ular terbabit kemudiannya dibuang dalam longkang di tepi jalan. Ketika itu juga, jalan terbabit dipenuhi dengan kenderaan, apatah lagi ia adalah waktu puncak.

“Pergerakkan kenderaan masih lancar. Orang awam dinasihatkan berhati – hati di jalan raya dan mematuhi arahan petugas trafik yang sedang bertugas,’’ katanya. – 5 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related