HEADLINES

Saya takkan hadir mesyuarat MKT Umno malam ini: Isham Jalil

Ia sebagai protes selagi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal dengan pendiriannya menyertai pilihan raya bersama DAP

4:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil menegaskan beliau akan protes dan enggan menghadiri mesyuarat parti itu malam ini.

Tegasnya, beliau tetap dengan pendirian itu selagi Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memilih untuk kekal menyertai pilihan raya bersama DAP.

Isham berkata, sebagai Ahli MKT bagi penggal kedua, beliau dapat membaca apa yang akan dilakukan Zahid dalam mesyuarat tersebut.

“Buat apa saya ikut kemahuan dia dan datang tadah muka di lubuknya.

“Kalau dia ikhlas, mungkin Presiden boleh tunaikan cabarannya untuk berdebat dengan saya sebelum ini, di gelanggang yang neutral. Kalau dia berani,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Zahid mencabarnya untuk menghadiri mesyuarat parti itu malam ini selepas didakwa sudah tiga kali tidak hadir.

“Kalau (Isham) ada pendapat yang lain beliau boleh suarakan (pada Mesyuarat MKT). Setakat ini beliau sudah tiga kali tidak datang mesyuarat MKT.

“Mudah-mudahan beliau mempunyai keberanian untuk datang malam ini untuk menyuarakan pendapat yang beliau sanggah sendiri apabila kita mahu jalin kerjasama dengan PH (Pakatan Harapan) bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Zahid berkata demikian ketika mengulas kenyataan Isham yang sebelum ini menyifatkan kekalahan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman berpunca daripada pemimpin Umno yang terlalu mempertahankan DAP.

Mengulas lanjut, Isham berkata, Zahid perlu sedar dan menerima hakikat serta tidak berada dalam sindrom penafian bahawa lebih ramai orang Melayu menolak Umno kerana keputusannya untuk menyertai pilihan raya bersama DAP selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Jika keadaan ini berterusan, Umno akan hancur dalam beberapa tahun lagi oleh kerana keputusan ini. Umno ini adalah parti keramat yang memperjuangkan orang Melayu di Malaysia selama ini.

“Usahlah kerana kepentingan diri seluruh parti hancur lebur dibuatnya. Jika Zahid letak jawatan, saya pun akan letak jawatan. Kita sama-sama berkorban asalkan parti keramat ini dapat diselamatkan selagi ada masa,” katanya. – 6 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

SIC quashes F1 return rumours for 2026

Speaking to Scoop, SIC chief executive officer Azhan Shafriman Hanif said the SIC has not approached F1 or has any agreement to bring the race back. 

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Related