◉ HEADLINES

Wanita disimen mati akibat tekanan pada leher: Polis

Polis telah merakam percakapan 10 saksi serta menahan reman seorang lelaki warga asing berumur 53 tahun sehingga 11 Disember ini bagi membantu siasatan

8:22 PM MYT

 

SHAH ALAM – Identiti wanita yang mayatnya ditemukan dalam keadaan disimen dalam sebuah kolah di sebuah rumah di Kampung Pendamar, Klang, Ahad lalu masih belum dapat dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, bedah siasat di Hospital Shah Alam mendapati punca kematian wanita yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ialah tekanan (compression) pada bahagian leher.

“Pakar forensik tidak dapat memastikan waktu kematian wanita itu kerana proses pereputan menjadi lambat bagi mayat yang berada dalam persekitaran seperti mana yang ditemukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis telah merakam percakapan 10 saksi, serta menahan reman seorang lelaki warga asing berumur 53 tahun sehingga 11 Disember ini bagi membantu siasatan, dan sedang berusaha mengesan dua lelaki, Ranjit Singh dan Mandeep Singh, yang pernah menyewa rumah berkenaan.

Cha berkata, polis telah memohon bantuan daripada pejabat kedutaan serta polis antarabangsa (interpol) bagi mengesan dua lelaki berkenaan, dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dengan menelefon 03-33762222 atau hubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan. – 6 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related