HEADLINES

Zizan Razak puji kelantangan Kaka, kena terima risiko

Menurutnya, setiap individu mempunyai cara dan strategi tersendiri dalam menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin

8:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Zizan Razak memuji tindakan penyanyi Kaka Azraff yang lantang bersuara mengenai kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Palestin.

Menurut Zizan yang pernah menjadi pasangan duet Kaka menerusi lagu Bawaku Pergi, dia berpendapat setiap individu mempunyai cara dan strategi tersendiri dalam menunjukkan solidariti masing-masing.

Bagaimanapun, Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 39, menasihatkan orang ramai untuk memikirkan kesan daripada tindakan itu terlebih dahulu.

“Pada saya strategi itu terletak pada tangan kita. Kalau kita nak berjuang sesuatu itu dalam rumah orang lain yang bukan hak milik sendiri, kita harus berjaga-jaga.

“Kena fikir sama ada perlu lantang bersuara atau tidak, jangan sampai merosakkan kerjaya kita.

“Allah tahu niat baik kita. Allah tahu kepada siapa yang kita mahu tujukan. Tapi saya puji tindakan Kaka yang lantang bersuara,” katanya ketika ditemui pada sidang media Masked Singer Malaysia musim keempat, hari ini.

Pada masa sama, Zizan berkata, dia lebih selasa untuk tidak mempertontonkan semangat solidaritinya kepada umum.

“Saya pun berjihad tapi saya tidak memaparkan kepada umum. Saya dah jalankan tanggungjawab saya, bagi saya itu sudah cukup.

“Bila dengar cerita pasal Kaka saya rasa kasihan pada dia, tapi rezeki milik Allah. Kalau Kaka rasa itu terbaik untuk dia, terpulanglah,” katanya.

Terdahulu, Warner Music menerusi kenyataan rasmi yang diberikan kepada pihak media mengesahkan Kaka bukan lagi artis di bawah naugan syarikat tersebut.

Tindakan itu diambil selepas penyanyi itu mengirim mesej langsung (DM) mengecam pempengaruh dan pelakon Australia yang pro-Israel, Nathaniel Buzolic.

Profilnya kemudian dikongsi sebuah laman sosial di bawah nama Jew Hate Database yang turut menyenaraikan nama Kaka sebagai antisemitik. – 6 Disember, 2023

Topics

 

Popular

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Haze returns: API exceeds 150 in Nilai, Seremban, Johan Setia

Including Kuantan, four areas recorded unhealthy air quality as of 10am

Related