HEADLINES

Raikan kejayaan JDT, Johor cuti peristiwa 17 Disember

Selain mempertahankan Piala Malaysia, JDT juga menguasai Liga Super untuk 10 musim berturut-turut

9:14 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Johor mengumumkan 17 Disember ini sebagai Hari Cuti Khas Peristiwa bersempena dengan kejayaan gemilang sedekad penguasaan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam menjuarai Liga Super dan Piala Malaysia 2023.

Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam satu kenyataan berkata, pasukan Harimau Selatan telah melakar sejarah gemilang bola sepak negeri Johor apabila menjuarai Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut, suatu dekad dominasi JDT dalam kancah bola sepak negara.

Justeru, pada 8.30 malam 16 Disember ini akan diadakan sambutan meriah bagi meraikan peristiwa bersejarah itu di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) Iskandar Puteri, selepas perlawanan menentang Penang FC.

Beliau berkata, menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kerajaan negeri memutuskan untuk mengisytiharkan keesokannya iaitu 17 Disember (Ahad) sebagai Hari Cuti Khas Peristiwa bagi seluruh rakyat negeri Johor.

“Pemberian Cuti Khas Peristiwa ini selain bertujuan meraikan kejayaan gemilang JDT, ia juga merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada pihak terlibat dan rakyat negeri Johor yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan JDT.

“Cuti ini juga turut diraikan setelah JDT melakar sejarahnya tersendiri dalam arena bola sepak negara dan juga meraikan JDT yang meraih kejayaan dalam menjulang trofi Piala Malaysia pada malam semalam,” katanya.

Pertahanan tengah JDT, Feroz Baharudin (kanan) ketika meraikan gol kedua pasukannya menentang Terengganu di Bukit Jalil malam semalam – Gambar Scoop/Abdul Razak Latif, 9 Disember, 2023

Jelas Azmi, pengisytiharan cuti itu selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369].

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melalui hantaran dalam Facebook rasmi miliknya, mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2023, dan melengkapkan musim ini dengan kejayaan ‘quadruple’ untuk dua tahun berturut-turut.

Beliau turut menjunjung kasih Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang tidak pernah kenal erti putus asa dan sentiasa berusaha meningkatkan mutu bola sepak JDT bukan sahaja di peringkat liga domestik, malah juga di Asia.

“Kemenangan 3-1 menentang Terengganu FC (semalam) mengesahkan kejuaraan Piala Malaysia yang keempat, selepas menjuarainya pada 2017, 2019 dan 2022, selain menambah koleksi trofi ke-26 buat pasukan JDT.

“Terima kasih kepada semua penyokong JDT yang sentiasa memberikan sokongan penuh dalam setiap perlawanan tahun ini,” katanya. – 9 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related