◉ HEADLINES

Suami isteri maut ditikam anak dikebumi dalam satu liang lahad

Kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara mara dan jiran hadir ke pengebumian pasangan suami isteri yang mati dibunuh anak lelaki mereka semalam

11:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jenazah pasangan warga emas yang mati dibunuh anak lelaki mereka semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Penchala, di sini malam ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Agus Omar, 82 dan Allahyarham Darlisma Nyatu Salleh, 72 dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah di sini sebelum tiba di tanah perkuburan berkenaan pada pukul 9.15 malam.

Seramai kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara mara dan jiran hadir ke pengebumian berkenaan yang selesai pukul 9.40 malam.

Dalam kejadian sekitar pukul 8 malam itu, pasangan suami isteri berkenaan ditemukan terbaring berlumuran darah di ruang tamu mereka di Kampung Sungai Penchala, akibat ditikam berkali-kali oleh anak lelakinya yang berusia 42 tahun.

Lelaki itu yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik bagaimanapun berjaya ditahan kira-kira pukul 10.30 malam yang sama di Terowong Penchala Lebuhraya Sprint menghala ke bandar raya ini.

Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan hasil saringan air kencing mendapati dia positif tiga jenis dadah selain mempunyai sembilan rekod jenayah lampau membabitkan dadah.

Suspek direman tujuh hari bermula hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – 10 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related