◉ HEADLINES

Lagi wakil rakyat DAP terima gelaran ‘Datuk’

Suee Lim dikurniakan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor

12:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Ng Suee Lim dikurniakan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran ‘Datuk’, hari ini.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor antara 97 penerima dalam senarai penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Polisi DAP sebelum ini melarang pemimpinnya menerima sebarang gelaran semasa berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Oktober lalu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti mengeluarkan teguran keras kepada dua wakil rakyat DAP Sabah kerana menerima anugerah gelaran Datuk dan memutuskan tindakan mereka melanggar dasar parti.

Scoop cuba mendapatkan ulasan lanjut daripada Anthony Loke dan Suee Lim mengenai pengurniaan darjah kebesaran Selangor itu.

Terdahulu Bernama melaporkan, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendahului senarai 97 penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor dan dikurniakan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.).

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Pengarah Urusan YTL Power International Bhd., Datuk Yeoh Seok Hong pula menerima Darjah Kelas Pertama-Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Collin Lawrence Sequerah turut menerima darjah kebesaran DPMS. – 11 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Tax breaks in JS-SEZ aimed at driving high value investments to Johor

Finance Ministry and Johor govt target companies in AI, quantum computing supply chain, medical devices, aerospace and global services

Lessons from Masjid India’s sinkhole incident – Ravindran Raman Kutty

Restoring confidence in public infrastructure is crucial following tragic event

Bursa Malaysia breaks 1,680 resistance level at opening but retreats from there

Local bourse has seen positive sentiments from foreign investors recently

◉ Related