HEADLINES

Saya menangis bukan kerana kalah, Liza Hanim minta henti spekulasi tidak benar

Menurutnya, ada pihak menyunting video tersebut dengan membuat tajuk berita seolah-olah dia menangis kerana tidak menang pada malam itu

8:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang juga finalis All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Liza Hanim tampil menjelaskan punca sebenar dia menangis sewaktu sidang media sejurus selepas konsert akhir berlangsung.

Menurut Liza dalam hantaran yang dimuatnaik di Instagram, ada pihak menyunting videonya dengan membuat tajuk berita seolah-olah dia menangis kerana tidak menang pada malam itu.

“Saya rasa saya perlu membuat penjelasan disebabkan ramai yang salah anggap dan cakap saya menangis di sidang media konsert akhir ASGV.

“Mohon untuk dengar temu bual penuh dan soalan yang membuatkan saya sebak dan menangis.

“Saya juga mohon kepada platform berita hiburan yang tidak bertanggungjawab menyunting temu bual ini dan memberi naratif negatif untuk menarik perhatian pembaca dan penonton yang terus mendapat gambaran salah untuk lebih bertanggungjawab dalam kerja anda,” katanya.

Pada konsert akhir yang berlangsung pada Ahad lalu, Liza tewas kepada Jaclyn Victor yang dinobatkan sebagai juara ASGV.

Terdahulu, beberapa portal hiburan dilihat menulis tajuk berita yang menggambarkan seolah-olah Liza Hanim menangis kerana tewas dan ingin berhenti menyanyi. – 12 Disember, 2023

Topics

 

Popular

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Five more suspects arrested in RM4.6 mil Genting casino chip heist

Police have tracked down five local men, including the mastermind of the RM4.6 million casino chips heist at Genting Highlands on October 28, believed to be the largest chips robbery in the highland resort’s history.

Related