HEADLINES

MB Johor arah kerja naik taraf di CIQ BSI ditangguh hingga cuti sekolah berakhir

Cuti persekolahan penggal ketiga akan bermula esok hingga 1 Januari tahun hadapan

7:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meminta supaya kerja-kerja menaiktaraf di beberapa kaunter zon bas dan laluan automatik (sistem e-gate) di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ditangguhkan sehingga cuti sekolah berakhir.

Kerja-kerja menaiktaraf itu akan bermula selama sebulan mulai esok.

“Saya telah meminta supaya kerja-kerja ini ditangguhkan sehingga berakhirnya cuti persekolahan akhir tahun,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Cuti persekolahan penggal ketiga akan bermula esok hingga 1 Januari tahun hadapan.

Sebelum ini, Unit Komunikasi dan Korporat Pejabat Imigresen BSI dalam satu kenyataan memaklumkan mengenai penutupan kaunter zon bas masuk dan keluar secara berfasa bagi kerja-kerja menaik taraf signage zon bas keluar.

Penutupan itu akan dijalankan dalam tiga fasa dengan kaunter Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) akan turut terjejas dalam tempoh terbabit.

“Bagi zon bas keluar, Fasa 1 melibatkan kaunter manual 1 hingga 4, laluan e-gate dan kaunter MDAC mulai esok.

“Manakala Fasa 2 pula akan melibatkan kaunter manual dari 11 hingga 18, laluan e-gate (1-6) mulai 21 Disember ini dan Fasa 3 membabitkan kaunter manual sahaja (3-12) dengan kerja menaiktaraf akan bermula pada 28 Disember,” kata unit tersebut.

Sementara untuk zon bas masuk, ia akan melibatkan kaunter manual (1 hingga 4) mulai 28 Disember manakala Fasa 2 melibatkan laluan e-gate (1-6), kaunter manual dari (11 hingga 18) mulai 3 Januari 2024 dan Fasa 3 bermula pada 9 Januari 2024. – 14 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

One last time: More than 75,000 fans pack Bukit Jalil for Thalapathy Vijay’s Jana Nayagan audio launch

An emotional, star-studded night unfolded at the National Stadium Bukit Jalil as scores of fans gathered to see their idol Thalapathy Vijay before his full-time entry into politics

FAM’s ‘personal capacity’ defence is an insult to Malaysian football’s intelligence — Sandru Narayanan

By doubling down on the excuse that a suspended official was attending a FIFA event “in a personal capacity,” the Football Association of Malaysia has once again proven that it still doesn’t understand how accountability or optics actually work

Related