HEADLINES

Cadangkan PM pinda perlembagaan: Puad minta Wan Fayhsal ‘simpan sikit bebal’, sindir tak kena tempat

Puad menyifatkan sindiran Wan Fayhsal itu sebagai tidak kena tempat

11:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cadangan Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim meminda Perlembagaan Persekutuan agar Melayu sahaja menjadi Perdana Menteri disifatkan sebagai ‘bebal’ oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Ini kerana kata, Puad, sindiran Wan Fayhsal itu sebagai tidak kena tempat.

“Inilah bebalnya Ahli Parlimen PN (Perikatan Nasional). Dia pernah mencadangkan Bank Negara mencetak banyak wang kertas dan diagih kepada rakyat untuk dibelanjakan.

“Kalau begitu kamu sahaja buat pengumuman iaitu Pemuda Bersatu akan meminda perlembagaan jika PN memerintah nanti. Ada berani? Menyindir tidak bertempat,’’ soal Puad menerusi kenyataan di sini.

Wan Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang menerusi hantarannya di Facebook hari ini mencadangkan kepada Perdana Menteri untuk meminda Perlembagaan Persekutuan agar hanya seorang Melayu beragama Islam boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Jelasnya, ini adalah waktu terbaik (untuk melakukannya) dengan majoriti dua pertiga yang ada, seperti yang digembar-gemburkan.

“Mungkin, dengan cara ini, sedikit sebanyak dapat memulihkan sokongan orang Melayu di negara ini kepada kerajaan campuran pimpinan beliau berbanding memperagakan capal, songkok, cium keris, atau bertiwikrama bahasa!,’’ katanya.

Turut mengecam Wan Fayhsal ialah Ketua Pemuda DAP, Dr Kelvin Yii, yang menyifatkan cadangan berkenaan sebagai berfikiran sempit.

Pemikiran seumpama itu, kata Kelvin yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching, hanya akan memecah belah serta mencetuskan permusuhan sesama rakyat Malaysia.

“Adakah ini bermakna penduduk Sabah dan Sarawak tidak boleh mengambil alih kepimpinan negara yang kita anggap sebagai milik kita,’’ soal Kelvin menerusi platform X.

Wan Fayhsal kemudiannya berbalas kata dengan Kelvin menerusi X dan memberitahu bahawa tiada salahnya untuk beliau mencadangkan mengenai perkara berkenaan.

“Ia bukan sesuatu yang baru kerana kita tahu ideologi anda iaitu DAP bergantung kepada “Malaysia Malaysia”. Oleh sebab itu kami berterusan menentang impian Kit Siang.

“Saya bersetuju FC (Perlembagaan Persekutuan) membenarkannya. Fakta adalah fakta. Tiada salahnya untuk saya mencadangkan kepada PMX yang mendakwa melindungi kepentingan Melayu, untuk berbuat demikian memandangkan beliau sudah memiliki lebih daripada 2/3 sokongan di Parlimen,’’ katanya.

Terdahulu, pemimpin veteran DAP, Tan Sri  Lim Kit Siang dalam ucapannya kepada pelajar Malaysia berkata, beliau tidak menjangkakan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia ‘dalam masa 100 tahun akan datang’, dengan mengambil kira Amerika Syarikat mengambil masa 230 tahun sejak penubuhannya- untuk memilih kulit hitam sebagai Presiden.

Kit Siang bagaimanapun telah dipanggil untuk memberikan keterangan kepada polis semalam mengenai kenyataannya itu. – 14 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Five more suspects arrested in RM4.6 mil Genting casino chip heist

Police have tracked down five local men, including the mastermind of the RM4.6 million casino chips heist at Genting Highlands on October 28, believed to be the largest chips robbery in the highland resort’s history.

Related