HEADLINES

Kematian jurukamera: Al Jazeera akan fail aduan kepada ICC

Samer Abu Daqqa cedera dalam serangan Israel berhampiran Sekolah Ferkhane di Khan Younis, Jumaat lalu sebelum meninggal dunia

12:57 PM MYT

 

GAZA/LONDON – Al Jazeera semalam mengumumkan pihaknya akan memfailkan aduan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung kematian jurukamera, Samer Abu Daqqa yang terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza.

Agensi berita yang berpangkalan di Qatar itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sepasukan peguam dan pakar akan menyediakan laporan berkaitan pembunuhan Abu Daqqa dan menyerahkannya kepada ICC, lapor Agensi Anadolu.

Laporan itu juga akan merangkumi serangan ke atas kakitangan Al Jazeera yang bekerja di wilayah Palestin.

Abu Daqqa dan Wael ed-Dahduh cedera dalam serangan Israel pada Jumaat berhampiran Sekolah Ferkhane di Khan Younis yang menjadi tempat penduduk yang hilang tempat tinggal berlindung.

Menurut laporan, ambulans dilarang memasuki kawasan Sekolah Ferkhane manakala pasukan pertolongan cemas tidak dapat memasuki kawasan terbabit yang dikepung tentera penceroboh Israel.

Pasukan perubatan telah dinafikan akses selama berjam-jam ke lokasi petugas media itu terbaring berlumuran darah.

Televisyen Al Jazeera kemudiannya mengumumkan bahawa Abu Daqqa telah meninggal dunia, manakala sumber memaklumkan tiga anggota pertahanan awam yang ingin membantu mangsa terperangkap di sekolah itu turut terbunuh.

Sementara itu, Ahli Parlimen bebas Britian, Claudia Webbe pada Sabtu mengemukakan aduan kepada ICC yang menggesa penyiasatan dan perbicaraan bagi jenayah perang Israel ke atas Gaza.

Webbe pada sidang Parlimen berkata, aduan itu merangkumi pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

Serangan Israel mengakibatkan kematian lebih 20,000 orang awam dengan sekurang-kurangnya 10,000 kanak-kanak dan ramai lagi cedera, katanya. – 17 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Securities Commission and MCMC join forces to step up fight against online scams

Memorandum of Understanding strengthens enforcement, intelligence sharing and AI use to combat digital fraud

Xisco Munoz dilantik ketua jurulatih baharu JDT

Xisco Munoz adalah pemenang LaLiga dan bekas pengurus Watford, umum JDT di platform media sosialnya malam tadi

New NFDP technical director sets blueprint to reduce reliance on naturalised players

Following heritage player fiasco, Ong Kim Swee focuses on developing homegrown talent

Related