◉ HEADLINES

Tanah runtuh di Puchong: MBSJ sedang laksanakan tindakan sewajarnya

2:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sedang melaksanakan tindakan yang sewajarnya bagi menguruskan kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda kawasan perumahan Taman Wawasan, Puchong, semalam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya juga mengambil maklum mengenai insiden berkenaan dan telah mendapatkan maklumat awal daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor.

“Saya juga dimaklumkan insiden ini di dalam pengetahuan JKR Selangor. Namun saya dimaklumkan kawasan ini berada di dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT), MBSJ.

“Pasukan MBSJ sedang melaksanakan tindakan sewajarnya bagi menguruskan kejadian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setakat ini JKR belum menerima apa-apa permohonan daripada PBT namun pihaknya bersedia untuk membantu dalam kapasiti yang bersesuaian.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata, bantuan kewangan kecemasan akan disalurkan kepada mangsa terlibat.

Katanya, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara yang terletak di bawah Parlimen Subang telah dilanda banjir kilat di beberapa lokasi antaranya Taman Kinrara Sensyen 2; Taman Paik Siong; Jalan BK 4/2 Bandar Kinrara; IOI Mall selain tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9 serta di No. 21 Jalan 1, Taman Tenaga Batu 9, Jalan Puchong.

Untuk itu beliau akan berbincang dengan pengurus akaunnya esok untuk penyaluran bantuan kecemasan itu.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A Anbalagan memaklumkan, 29 penghuni di sembilan rumah di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14 diarah berpindah susulan kejadian tanah runtuh, kira-kira jam 7.30 petang semalam.

Beliau berkata, satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Serbaguna MBSJ di Laman Puteri 3, Bandar Puteri, Puchong. – 17 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related