HEADLINES

JPNJ diarah pantau aktiviti ceramah di sekolah

Ia susulan tular video melibatkan seorang pempengaruh media sosial yang memberikan ceramah di sekolah

4:01 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) diarahkan supaya memantau aktiviti ceramah di sekolah-sekolah di negeri ini.

Hal itu susulan tular video melibatkan seorang pempengaruh media sosial yang memberikan ceramah di sekolah.

Video itu turut memaparkan aksi pelajar sekolah yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri Norlizah Noh berkata satu sesi libat urus membabitkan pegawai penyelaras di sektor pengurusan dan pembangunan murid akan turut diadakan bagi membincangkan isu itu.

“Saya sudah ambil maklum akan perkara ini. Saya telah meminta JPNJ memantau aktiviti ceramah di sekolah-sekolah.

“Esok akan diadakan diadakan sesi libat urus pegawai penyelaras di sektor pengurusan murid dan sektor pembangunan murid yang membabitkan 11 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Johor,” katanya dalam hantaran di aplikasi X, di sini, hari ini.

Norlizah berkata demikian sebagai maklum balas kepada seorang pengguna platform X ‘Hidup Berbakti’, yang memohon JPNJ menyekat penceramah tersebut, yang didakwa telahpun pergi ke beberapa sekolah di negeri ini.

Dalam video berdurasi 15 saat itu, seorang pelajar perempuan datang kepada pelajar lelaki dengan berjalan seperti model atau ‘catwalk’ untuk memberikan ‘flying kiss’. – 18 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

RM1.3bil raised, but MEX II left incomplete with only RM30mil in the bank

With construction stalled, government mulls takeover as MACC probes RM416 million in alleged false claims 

Related