HEADLINES

Pengasas RHB, Abdul Rashid Hussain dilantik Pengerusi TH baharu

Pelantikan beliau bagi membantu dalam memacu usaha pengukuhan yang sedang dilakukan TH

11:36 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tokoh korporat yang juga pengasas kumpulan perbankan RHB, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dilantik sebagai Anggota Lembaga dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, pengalaman luas Abdul Rashid sebagai seorang tokoh korporat amat berharga dalam meneruskan kecemerlangan TH sebagai institusi pengurusan haji bertaraf dunia.

Selain itu, katanya, pelantikan beliau juga dapat membantu dalam memacu usaha pengukuhan yang sedang dilakukan TH.

“Abdul Rashid adalah seorang ahli perniagaan berjaya yang mengasaskan Kumpulan RHB. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Khazanah Nasional Berhad dari 1994 hingga 1998.

“Selain itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Putrajaya Holdings dari 1995 hingga 2000. Beliau juga adalah Ahli Lembaga Gabenor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Atas sumbangan kepada negara dan masyarakat, beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul SAW peringkat Wilayah Persekutuan 1445H/2023M,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Na’im lagi, Abdul Rashid merupakan antara enam ahli yang dilantik Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di dalam Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) TH.

“Laporan RCI bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH dari 2014 hingga 2020 sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan,” katanya.

Pada masa yang sama, Mohd Na’im turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada bekas pengerusinya, Tan Sri Azman Mokhtar atas segala jasa bakti dan perkhidmatan terbaik khasnya dalam memimpin Lembaga Pengarah TH dan seluruh warganya.

Beliau sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi TH pada 20 Disember 2021. – 20 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Related