HEADLINES

MB Johor kecewa, projek TMIYC patut sudah siap tapi dilanjutkan lagi masa

Datuk Onn Hafiz Ghazi amat kesal dengan perkembangan projek ini yang dijangka siap pada April tahun depan

9:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi kesal dengan perkembangan Projek Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) di Muar yang sudah empat kali mendapat lanjutan masa (EOT) meskipun ia sepatutnya sudah siap pada awal tahun ini.

Justeru, beliau telah mengarahkan syarikat kontraktor yang terlibat supaya turun padang dan memantau projek berkenaan selain melaporkan kepada kerajaan negeri sekerap mungkin.

“Saya mahu semua pihak mainkan peranan. Saya tidak mahu ada lagi kelewatan sebegini.

“Saya amat kesal dengan perkembangan projek ini yang dijangka siap pada April tahun depan,’’ katanya selepas lawatan ke tapak projek berkenaan.

TMIYC yang dibina di Stadium Muar diberikan nafas baharu dalam konsep dan infrastruktur.

Dibina di atas tanah seluas 11 hektar, ia merangkumi kemudahan seperti padang bola sepak sintetik berserta lampu limpah, gelanggang ekstrem, hab e-sport termasuk fasiliti penting iaitu surau, asrama dan kafe.

Pengumuman pembinaannya telah diadakan pada 2020. Mengikut laporan media ketika itu, bagi pembinaan TMIYC Muar ini, Kementerian Belia dan Sukan telah memberikan peruntukan sebanyak RM25 juta.

Dalam pada itu, Onn menegaskan, mana-mana projek di Johor perlu mengikut garis masa yang ditetapkan demi kesejahteraan bangsa Johor. – 22 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related