◉ HEADLINES

7 juta pengguna domestik tak terjejas pelarasan tarif elektrik 1 Januari ini

Bagi 6.9 juta pengguna dengan penggunaan kurang daripada 600 kWj, tiada perubahan berlaku dengan menyaksikan isi rumah berkenaan masih menikmati rebat dua sen/kWj

7:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sejumlah 85 peratus atau tujuh juta pengguna domestik di Semenanjung tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2024.

Suruhanjaya Tenaga memaklumkan, kerajaan bersetuju supaya pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) dilaksanakan secara penyasaran semula subsidi bagi pengguna di Semenanjung (kecuali pengguna di Kulim Hi-Tech Park, Kedah) pada 13 Disember lalu.

Penyasaran itu menyaksikan pengguna domestik dengan penggunaan elektrik antara 601 hingga 1,500 kilowatt sejam (kWj) tidak lagi menikmati rebat dua sen/kWj.

Bagi 6.9 juta pengguna dengan penggunaan kurang daripada 600 kWj, tiada perubahan berlaku dengan menyaksikan isi rumah berkenaan masih menikmati rebat dua sen/kWj.

Surcaj penggunaan elektrik pengguna domestik yang melebihi 1,500 kWj pula kekal 10 sen/kWj.

Bagi kategori pengguna bukan domestik pula, surcaj kekal 3.70 sen/kWj bagi tarif komersial dan perindustrian voltan rendah (tarif B dan D), tarif pertanian spesifik (H, H1 dan H2) selain operator air dan pembetungan.

Sementara itu, bagi pengguna bukan domestik lain, surcaj kekal pada kadar 17 sen/kWj.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan keputusan, sejumlah 85 peratus atau tujuh juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2024.

“Sehubungan itu, sejumlah 99 peratus atau 8.2 juta pengguna domestik masih menerima subsidi daripada kerajaan.

“Manakala, bagi semua pengguna bukan domestik, surcaj yang dikenakan adalah kekal sama,” katanya.

Suruhanjaya Tenaga berkata, berdasarkan kepada penyasaran semula subsidi itu, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1.9 bilion subsidi kepada kategori pengguna yang terlibat bagi meminimumkan impak surcaj ICPT sepanjang tempoh pelaksanaan ini.

“Pengguna boleh merujuk kepada bil elektrik bulanan masing-masing bagi memantau penggunaan elektrik dan subsidi yang diberikan.

“Selain itu, pengguna juga boleh menganggarkan kos bil elektrik bulanan pada masa akan datang dengan menggunakan kalkulator tarif elektrik yang dapat dicapai melalui laman sesawang myelectricitybill.my. – 22 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related