HEADLINES

Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb

Rayuan itu akan didengar di Mahkamah Persekutuan secara dalam talian

8:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rayuan calon Barisan Nasional (BN) Abdul Hakim Abdul Wahid terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya Melaka yang menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin di kawasan Parlimen Masjid Tanah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), akan didengar 16 Feb depan.

Peguam Mohd Faizi Che Abu, yang mewakili Mas Ermieyati berkata rayuan itu akan didengar di Mahkamah Persekutuan secara dalam talian.

“Namun, pihak kami masih menunggu alasan penghakiman daripada Mahkamah Pilihan Raya Melaka,” katanya ketika dihubungi Bernama selepas pengurusan kes secara dalam e-Review di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Suhaila Haron, hari ini yang turut disertai peguam Rosfinah Rahmat, mewakili Abdul Hakim.

Menurut Mohd Faizi, mahkamah turut menetapkan 2 Jan 2024 untuk pengurusan kes.

Pada 10 Nov lepas, Abdul Hakim memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mahkamah Pilihan Raya Datuk Abu Bakar Katar yang menolak petisyen pilihan raya yang dikemukakannya.

Mahkamah Pilihan Raya Melaka pada 27 Okt lepas, mengekalkan kemenangan Mas Ermieyati selepas memutuskan pempetisyen (Abdul Hakim) gagal membuktikan wujud elemen rasuah pada kempen PRU15.

Pada 3 Jan lepas, Abdul Hakim memfailkan petisyen pilihan raya mendakwa rasuah dalam bentuk wang dan jamuan digunakan untuk memikat pengundi pada PRU15.

Pada 2 Mei lepas, Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen pilihan raya bagi kawasan Parlimen Masjid Tanah dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh selepas membenarkan rayuan Abdul Hakim.

Abdul Hakim merayu terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya itu yang membatalkan petisyen pilihan rayanya untuk membatalkan kemenangan Mas Ermieyati.

Pada PRU15 lepas, Mas Ermieyati, Ketua Bersatu Masjid Tanah, menang dengan majoriti 4,411 undi dalam saingan empat penjuru selepas memperoleh 25,604 undi.

Beliau menewaskan Abdul Hakim yang memperoleh 21,193 undi, calon MUDA, Mutalib Uthman (7,445 undi) dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Handrawirawan Abu Bakar (507 undi). – 22 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Mesyuarat khas bincang PRN Johor ditetapkan 12 Jun: SPR

Mesyuarat berkenaan akan membincangkan tarikh penting seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon dan hari pengundian

Related