◉ HEADLINES

Video warga China sesak di KLIA rakaman lama, ‘ia direkod di JB’: Imigresen

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan masyarakat

4:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menegaskan, video tular dakwaan berlaku kesesakan disebabkan kebanjiran warganegara China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah video lama yang dirakam pada tahun lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, video itu juga bukan dirakam di KLIA, sebaliknya di Dewan Bas, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru.

Menurutnya, situasi itu berlaku semasa pintu masuk negara mula dibuka selepas sekatan pergerakan rentas sempadan akibat Covid-19 ditamatkan.

“Video itu dirakamkan semasa pergerakan masuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

“JIM juga ingin menafikan bahawa rakaman terbabit dibuat di KLIA,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mengikut rekod, secara purata pergerakan keluar dan masuk di BSI adalah 250,000 pada hari biasa.

Katanya, jumlah itu akan meningkat sekali ganda pada musim perayaan.

Ruslin berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Kenyataan yang dikeluarkan JIM hari ini bagi menjelaskan mengenai video tular kebanjiran warga China yang didakwa berlaku di KLIA. – Jabatan Imigresen Malaysia, 24 Disember, 2023

“Sila layari portal rasmi dan akaun media sosial rasmi JIM untuk mendapatkan maklumat tepat serta terkini berkaitan jabatan ini,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi beberapa saat memaparkan kesesakan teruk di KLIA yang didakwa di ruang balai ketibaan.

Menerusi akaun seorang individu yang berkongsikan video itu, dia mendakwa pemegang pasport asing yang tiba di situ perlu beratur sehingga satu jam setengah untuk mendapatkan perkhidmatan. – 24 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related