HEADLINES

18,735 mangsa banjir dipindahkan ke 199 pusat pemindahan sementara di empat negeri

Setakat 12 tengah malam tadi, Kelantan merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 11,216 orang daripada 3,444 keluarga yang berlindung di 72 PPS di enam daerah terjejas

9:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 18,735 mangsa dipindahkan ke 199 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri yang dilanda banjir.

Menurut laporan terkini kejadian bencana yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) setakat 12 tengah malam tadi, Kelantan merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 11,216 orang daripada 3,444 keluarga yang kini berlindung di 72 PPS di enam daerah terjejas.

Enam daerah berkenaan adalah Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas dan Tanah Merah selain satu kematian akibat banjir direkodkan di Pasir Mas semalam.

Terengganu pula menjadi negeri kedua tertinggi bilangan mangsa banjir iaitu 6,724 orang daripada 1,791 keluarga di tujuh daerah membabitkan Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu dan ditempatkan di 110 PPS.

Pahang merekodkan 791 mangsa daripada 187 keluarga yang berlindung di 16 PPS di dua daerah iaitu Lipis dan Raub.

Selain itu, empat mangsa daripada satu keluarga dipindahkan ke satu PPS yang dibuka di Kuala Langat, Selangor.

Sementara itu, bagi tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran, empat sungai di Kelantan iaitu Sungai Kelantan, Machang; Sungai Golok, Pasir Mas; Sungai Kelantan, Gua Musang dan Sungai Kelantan, Kuala Krai merekodkan bacaan meningkat tahap bahaya.

Bacaan meningkat tahap bahaya juga direkodkan di Pahang membabitkan Sungai Kuantan, Kuantan; manakala di Terengganu membabitkan Sungai Terengganu, Hulu Terengganu; Sungai Kemaman, Kemaman; Sungai Setiu dan Sungai Terengganu di Setiu; Sungai Terengganu, Kuala Terengganu; serta Sungai Dungun, Dungun. – 26 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

[WATCH] Bersatu to ‘immediately resolve’ crisis amid claims of lies and external plots: Tun Faisal

Party leadership insists on immediate action to mend rifts and refocus on national priorities, dismissing accusations of a divided camp

Russian toddler dies after jellyfish sting at Langkawi’s Chenang Beach

The two-year-old boy succumbed to severe injuries caused by a box jellyfish sting, despite four days of medical treatment at Hospital Sultanah Bahiyah

Teen suspect in school stabbing influenced by violent online content, not gaming: cops

Investigations reveal the 14-year-old was shaped by disturbing online videos, not peer pressure or video games, as authorities delve into his psychological state

Related