HEADLINES

Filem Pendatang patut ditayangkan di sekolah: Pengerusi Finas

Filem yang dihasilkan menggunakan wang pembiayaan orang ramai itu mula ditayangkan di Youtube sejak 21 Disember lalu

1:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Finas, Datuk Kamil Othman berpendapat bahawa filem Pendatang yang dihasilkan menggunakan wang pembiayaan orang ramai patut ditayangkan di sekolah.

Kamil berkata demikian menerusi hantaran yang dimuat naiknya di akaun rasmi X beliau.

“Harus ditayangkan di sekolah untuk menggalakkan perbincangan dan merungkai persepsi dan prasangka dengan lebih mendalam. Langkah kecil ini mampu menuju destinasi yang diingini,” tulisnya dalam hantaran itu.

Kenyataan Kamil itu mendapat perhatian netizen dan ada yang bertanya sama ada beliau yakin filem itu lulus Lembaga Penapisan Filem (LFP).

Pandangan Kamil mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial. – Tangkap layar X, 26 Disember, 2023.

Kamil yang membalas pertanyaan netizen itu berkata, pihaknya tidak boleh bercakap bagi pihak LPF.

“Tetapi melihat kepada objektif, sedikit kelonggaran mungkin boleh dilakukan,” tulisnya.

Ada juga netizen yang berpendapat filem itu tidak sesuai ditayangkan di sekolah sebaliknya harus ditayangkan di universiti agar tidak dilihat sebagai propaganda.

“Lebih baik ditayangkan di universiti berbanding sekolah. Ramai ibu bapa pelajar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan hari ini yang bersikap konservatif mungkin melihat filem ini sebagai propaganda,” tulis salah seorang pengguna.

Filem Pendatang terbitan Kuman Pictures ditayangkan menerusi platform Youtube sejak 21 Disember lalu. Sehingga kini filem itu telah mendapat hampir 400,000 tontonan. – 26 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related