HEADLINES

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama semakin sesak petang ini

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kesesakan dilaporkan berlaku selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju pusat bandar Kuala Lumpur

7:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan semakin sesak dan bergerak perlahan petang ini berikutan warga kota sudah kembali bekerja selepas cuti panjang sempena perayaan Krismas.

Setakat 5 petang ini, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kesesakan dilaporkan berlaku selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju pusat bandar Kuala Lumpur.

“Sementara di Plaza Tol Jalan Duta, trafik perlahan menghala ke utara dan di Plaza Tol Sungai Besi keadaan trafik perlahan di kedua-dua arah susulan pertambahan kenderaan,” katanya kepada Bernama.

Kemas kini PLUS menerusi laman X rasminya pula memaklumkan terdapat treler rosak di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di kilometer (KM) 31.4 arah utara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Putrajaya dengan lorong kiri terhalang.

 Trafik juga perlahan arah utara dari Pedas/Linggi ke Port Dickson (U) serta dari Slim River ke Sungkai.

Sementara itu, trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) perlahan dan sesak sepanjang satu kilometer sebelum Plaza Tol Gombak menghala ke Kuala Lumpur. – 26 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

My candidacy not because of ‘close ties’ with Syed Saddiq: Abe Lim

Muda’s Bandar Utama candidate Abe Lim has brushed aside speculation that she was fielded as a candidate due to rumours of her “close ties” with party president Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Online scams in Malaysia cost victims over RM3.18bil in less than three years

Rising threat of online scams in Malaysia: understanding, prevention and legal responses

Related