◉ HEADLINES

Tiga helikopter bantu operasi menyelamat mangsa banjir Pantai Timur: KP JBPM

Sebuah helikopter telah tiba di Bachok, Kelantan pada tengah hari tadi, manakala dua lagi berada dalam keadaan mod bersedia dan akan dikerah ke Terengganu jika situasi memerlukan

8:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyediakan tiga helikopter untuk membantu operasi menyelamat mangsa banjir di Pantai Timur susulan keadaan banjir yang semakin buruk.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata sebuah helikopter telah tiba di Bachok, Kelantan pada tengah hari tadi, manakala dua lagi berada dalam keadaan mod bersedia dan akan dikerah ke Terengganu jika situasi memerlukan.

Beliau berkata aset berkenaan akan digunakan untuk membantu operasi menyelamat mangsa banjir antaranya melibatkan situasi seperti membawa pesakit yang perlu mendapatkan rawatan di hospital dan menghantar bekalan makanan.

“Buat masa ini, JBPM beri fokus ke Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) kerana terdapat operasi-operasi pemindahan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS). Keanggotaan tidak bertambah tetapi aset tambahan lain seperti bot telah dihantar ke sana.

“Hari ini, JBPM kerahkan pesawat udara ke Kelantan bagi operasi menyelamat dan menghantar makanan serta tinjauan udara dapat dilaksanakan,” katanya selepas menghadiri Majlis Penghargaan Wira Merah Bomba di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan paras air naik lebih tinggi dibandingkan situasi banjir pada 2014, Abdul Wahab berkata JBPM di peringkat negeri telah bersedia daripada pelbagai aspek dan menumpukan segala asetnya bagi operasi pemindahan mangsa.

“Kami juga menasihati masyarakat setempat agar segera berpindah dan kebanyakan mereka telah berpindah dengan sukarela, selain pemindahan yang diatur gerak oleh agensi-agensi penguat kuasa. 

“Selain itu, kami telah menyediakan aset-aset di pangkalan hadapan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai untuk bantu operasi di Pantai Timur,” katanya.

Beliau berkata respons mangsa bagi situasi banjir kali ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana mereka berpindah lebih awal dan JPBM telah menggerakkan 10 lori ke Kelantan dan Terengganu dari Kuala Lumpur dan Selangor bagi tujuan itu.

“Jadi, jumlah mangsa terperangkap adalah lebih rendah. Tapi trend yang naik (paras air) ketika ini, misalnya di Pasir Mas, Kelantan, terdapat juga proses pemindahan mangsa yang tinggal di bahagian atas kediaman,” katanya.

Abdul Wahab menasihatkan kepada orang ramai agar berpindah ke PPS memandangkan terdapat sebahagian tempat yang telah dipotong bekalan elektrik dan ini akan menyukarkan bomba mendapat respons daripada penduduk.

Terdahulu, majlis berkenaan meraikan jasa dan pengorbanan pegawai dan anggota bomba yang terlibat dalam Operasi Mencari dan Menyelamat Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor, Disember tahun lepas. – 26 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

◉ Related