HEADLINES

Lelaki maut kepala tersepit pintu lif

Terdahulu, mangsa didakwa mahu memeriksa keadaan lif yang rosak selepas ia tiba-tiba berhenti di antara tingkat satu dengan aras lantai

9:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas kepalanya tersepit di pintu lif di sebuah pusat beli-belah di Jalan Burma, Georgetown, Pulau Pinang, hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi laman Facebook berkata, JBPM Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 4.45 petang tadi berhubung kejadian itu.

Komander Operasi, PBK II, Ahmad Rezki Faris Islam berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa tersepit di pintu lif pada bahagian kepala.

“Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa tersepit itu.

“Namun, setelah berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan) akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Ujarnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menerusi laporan media, terdahulu, mangsa dikenali R Tinesh Kumar, 28, dikatakan mahu memeriksa keadaan lif yang rosak selepas ia tiba-tiba berhenti di antara tingkat satu dengan aras lantai. – 26 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related