HEADLINES

Polis siasat video aksi ‘Superman’ sekumpulan penunggang motosikal di LPT 1

Polis telah mengesan rakaman video berdurasi 28 saat berkenaan yang tular menerusi media sosial pada 10 pagi tadi

10:10 PM MYT

 

KUANTAN — Polis sedang menyiasat video tular yang memaparkan aksi berbahaya sekumpulan penunggang motosikal melakukan gaya “superman” sehingga menyebabkan berlaku kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1). 

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata pihaknya telah mengesan rakaman video berdurasi 28 saat berkenaan yang tular menerusi media sosial pada 10 pagi tadi. 

Beliau berkata kejadian terbabit didapati berlaku di KM 127 arah timur LPT 1 pada Ahad lepas dan dirakam sendiri oleh seorang daripada penunggang motosikal berkenaan. 

“Polis sedang giat menjejaki mereka yang terlibat dan beberapa penunggang motosikal itu telah tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mazlan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta  tampil membantu pihak polis dengan menghubungi talian 09-2716222. — 27 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related