HEADLINES

Keadaan Siti Nor Hafiza agak membimbangkan: Suami

Mohd Roshdi yang masih berada di London berkata keadaan isterinya ketika ini agak merosot dan tekanan darahnya juga sangat rendah

9:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suami kepada kepada wartawan hiburan Siti Nor Hafiza Kamarudin yang dilaporkan kritikal di sebuah hospital di London, Mohd Roshdi Ramli memaklumkan keadaan kesihatan terkini isterinya agak membimbangkan.

Mohd Roshdi yang masih berada di London berkata keadaan isterinya ketika ini agak merosot dan tekanan darahnya juga sangat rendah.

“Keadaan dia agak merosot … peluang untuk hidup itu agak membimbangkan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata isterinya menghidap penyakit kanser payudara yang menyerang semula selepas enam tahun bebas daripada penyakit itu.

“Dia (Siti Nor Hafiza) memang ada sejarah kanser payudara, selepas enam tahun (penyakit itu) datang semula dan menyerang hati dia. Selain itu, kanser berkenaan juga telah merebak ke bahagian kepala dan seluruh badan,” katanya.

Siti Nor Hafiza, 40, kini dirawat di Hospital Charing Cross, London selepas dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow semalam untuk pulang ke Malaysia selepas bercuti.

Wartawan portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media itu terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London dan berlepas bersama Mohd Roshdi dan dua cahaya mata mereka pada pertengahan bulan ini.

Dalam pada itu, Mohd Roshdi turut merakamkan penghargaan kepada Pengarah Education Malaysia London Prof Madya Dr Mohd Hanafi Ahmad Damanhuri kerana membenarkan beliau dan anak-anaknya untuk tinggal sementara di Malaysia Hall selama tiga hari.

Mohd Roshdi berkata selepas ini, dia akan mencari hotel yang berhampiran dengan hospital isterinya dirawat. – 28 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Ex-army chief, wife face RM2.197mil money laundering charges

Tan Sri Hafizuddeain Jantan and Salwani Anuar pleaded not guilty in separate Sessions Courts today to four counts each under the Anti-Money Laundering Act, involving millions allegedly deposited into their accounts

Zii Jia sets the bar for independent athletes with Team LZJ success

Goh Liu Ying shares the challenges, financial realities of going professional as more Malaysian shuttlers follow Zii Jia’s path

BAM urges BWF to fix venue and air quality issues at India Open ahead of World Championships

BAM has called on the Badminton World Federation to address hygiene, venue maintenance and air quality concerns at the ongoing India Open, warning that similar issues must not be repeated when New Delhi hosts the World Championships in August

Related