HEADLINES

Jangkitan Covid-19 terkawal, tiada varian baharu dikesan

Varian yang sedang menular adalah masih varian Omicron, dengan subvariannya XBB.1.16, XBB.1.5, EG.5 dan termasuk JN.1

12:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keadaan semasa jangkitan Covid-19 dalam negara dilaporkan terkawal dengan tiada varian baharu dikesan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kebanyakan kes Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.

Katanya, untuk Minggu Epidemiologi (ME-51) iaitu dari 17 hingga 23 Disember ini, kadar kemasukan pesakit yang menghidap Covid-19 ke dalam hospital adalah pada 0.5 peratus dan kadar kematian 0.08 peratus.

“Ini bermaksud kadar untuk kedua-dua parameter ini kekal pada tahap yang rendah. Sehingga kini, tiada varian baharu yang dikesan di Malaysia. Varian yang sedang menular adalah masih varian Omicron, dengan subvariannya XBB.1.16, XBB.1.5, EG.5 dan termasuk JN.1.

“Subvarian Omicron yang sedang menular diketahui tidak menyebabkan kes yang lebih teruk. Virus Covid-19 akan terus berada bersama kita (living with the virus) sama seperti virus salur pernafasan yang lain seperti influenza. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan keseimbangan dari segi kesihatan dan kehidupan (life and livelihood) semasa musim peningkatan kes-kes jangkitan berjangkit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau situasi Covid-19 dan varian berkaitan dari semasa ke semasa.

Katanya, kumpulan rentan seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah adalah amat digalakkan untuk memakai pelitup muka semasa berada di tempat sesak atau menggunakan pengangkutan awam.

“Orang ramai dinasihatkan agar meneruskan tanggungjawab penjagaan kendiri (pemakaian pelitup muka di situasi yang memerlukan, melakukan
TRIIS dan kemas kini status pada MySejahtera), melindungi golongan rentan dan mendapatkan maklumat yang betul dan sahih berkaitan kes jangkitan saluran pernafasan termasuk Covid-19 di sumber yang boleh dipercayai.

“Dengan komitmen daripada semua lapisan masyarakat, situasi Covid-19 di negara ini akan kekal terkawal,” katanya. – 29 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related