◉ HEADLINES

Stok kad nikah di Selangor mencukupi, tak perlu bimbang

Baru-baru ini tular di media sosial ada pihak yang mendakwa mereka berdepan masalah untuk mendapatkan kad perakuan nikah di Selangor

12:00 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Stok kad perakuan nikah di Selangor adalah mencukupi dan tidak berlaku kekurangan seperti tular di media sosial baru-baru ini.

Kad Perakuan Nikah merupakan dokumen perkahwinan yang bersaiz kecil seperti kad pengenalan dan mudah dibawa ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Industri Halal, Infrastruktur Digital serta Pembiayaan Sains, Teknologi, Inovasi (STI), Dr Fahmi Ngah berkata, kekurangan stok kad nikah itu mungkin berlaku semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan stok kad nikah cukup. Mungkin sewaktu PKP ada sedikit kurang tapi sekarang sudah mencukupi.

“Kad nikah tiada masalah. Sijil tu lebih penting,’’ katanya ketika dihubungi Scoop hari ini.

Dr Fahmi Ngah berkata, kekurangan stok kad nikah itu mungkin berlaku semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – Gambar media sosial, 30 Disember, 2023

Baru-baru ini tular di media sosial ada pihak yang mendakwa mereka berdepan masalah untuk mendapatkan kad perakuan nikah di Selangor dan dimaklumkan oleh pegawai agama bahawa mereka tidak mempunyai stok kad nikah.

“Sekarang request kad kahwin memang pegawai kata takda stok, lagi lagi daerah area Selangor. Our alternatif scan sijil and keep it as pdf je,’’ kata ziardha menerusi laman X.


Malah ada yang meminta supaya permohonan kad nikah itu dipermudahkan dan permohonan dibuat menerusi dalam talian.

Bagaimanapun permohonan Kad Perakuan Nikah Pintar boleh dilakukan di Kaunter One Stop Centre (OSC), Aras Bawah (G), Menara Selatan, Jabatan Agama Islam Selangor, Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid Bukit SUK, di Shah Alam.

Namun permohonan itu hanya sah untuk pasangan yang sudah bernikah di Selangor atau perkahwinannya telah didaftar di negeri ini.

Pasangan pula mesti menerima Surat Perakuan Nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID). – 30 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

Seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai lemas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

Sedia pinda undang-undang kekang jenayah babit pesakit mental: Dzulkefly

Dzulkefly tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu didakwa mengalami masalah kesihatan mental, menggunakan 'tiket sedemikian' untuk melakukan jenayah, namun sebarang pindaan perlu diperhalusi

Isu kibar bendera China: Hentikan keluar kenyataan berbaur hasutan, 3R, tegas Fahmi

Menteri Komunikasi berkata ia bagi mengelak sebarang tindakan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang mungkin tidak berpuas hati dengan kejadian berkenaan

◉ Related