◉ HEADLINES

Lelaki disamun di lampu isyarat selepas keluarkan wang

Rata-rata netizen bukan sahaja mengecam tindakan samun itu, tetapi juga melahirkan kebimbangan dengan kejadian jenayah yang semakin teruk di Klang

12:26 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengguna media sosial dikejutkan dengan video memaparkan seorang pemandu kereta ‘diserang’ dua individu berparang dalam kejadian yang dikatakan berlaku di Bayu Perdana, Klang.

Menerusi video berdurasi 56 saat yang tular di media sosial, kereta dipandu lelaki itu sedang berhenti di lampu isyarat merah, sebelum didatangi kedua-dua suspek yang berpakaian serba hitam, termasuk hoodie dan pelitup muka.

Suspek kemudian bertindak memukul cermin di sebelah pemandu dan di bahagian penumpang hadapan kereta jenis Mercedes dinaiki mangsa itu untuk memecahkannya, bagi mengambil sebuah beg diisi wang.

Video dirakam kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan lain itu, menunjukkan mangsa cuba memandu keluar daripada laluan terbabit bagi mengelakkan suspek mengambil beg terbabit, namun gagal memandangkan kereta di hadapannya sedang berhenti kerana lampu isyarat masih merah.

Beberapa saat kemudian, seorang daripada suspek berjaya mengambil beg terbabit sebelum kedua-duanya segera melarikan diri.

Lelaki itu kemudian keluar daripada kereta dan disapa beberapa penunggang, sebelum dia masuk semula ke dalam kenderaannya.

Melalui maklumat dikongsi pengguna media sosial, mangsa dikatakan baru sahaja mengeluarkan sejumlah wang daripada bank, sebelum ‘dikejar’ suspek.

Rata-rata netizen bukan sahaja mengecam tindakan dua lelaki terbabit yang dianggap sangat kurang ajar dan meluahkan simpati terhadap nasib menimpa mangsa, tetapi juga melahirkan kebimbangan dengan kejadian jenayah yang semakin teruk di Klang.

“Gila betul. 2 penyamun tu lari naik Toyota Yaris,” kata @mandarinjer.

“Kes di Bayu Perdana katanya. Apalah nak jadi dengan Klang ni, makin lama makin seram,” ujar seorang pengguna.

“Allahuakbar, takutnya, dah lah kita selalu drive seorang dan buka tingkap sikit,” komen @feera.

“Kesiannya lelaki tu, patut kereta belakang langgar je penyamun ni,” respons pengguna.

“Omg bahayanya walau siang hari,” @Lynxx.

“Apapun alhamdulillah dia selamat, duit boleh cari,” kata seorang pengguna lain. – 31 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Cheng Hoe urges realistic expectations as Harimau face uphill Asean Cup challenge

With just 10 days to prepare a largely inexperienced squad, interim coach Tan Cheng Hoe says building chemistry and competitiveness will be Malaysia's biggest priorities ahead of the 2026 Hyundai Asean Cup

◉ Related