HEADLINES

Malaysia akan terus bersuara selagi hak rakyat Palestin tidak dihormati: Nik Nazmi

Datuk Seri Mohammad Sabu pula menggesa pelbagai pihak terus memberi tekanan terhadap AS agar segera mendesak Israel melakukan genjatan senjata

12:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak akan sesekali berundur daripada pendirian untuk terus menyokong dan memperjuangkan hak kebebasan rakyat Palestin.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, negara ini juga tidak akan berdiam diri dan terus bersuara dalam perkara itu.

Katanya, bukan sahaja rakyat Malaysia, malah masyarakat seluruh dunia sudah semakin celik di atas kezaliman Israel yang disokong sekutunya, iaitu kuasa besar dunia, Amerika Syarikat (AS).

Sebahagian peserta bersemangat memberi sokongan kepada Himpunan Kepong Demi Palestin sebagai tanda solidariti kepada Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel. – Azim Rahman/Scoop, 1 Januari, 2024

“Kita nak hantar mesej jelas daripada rakyat seluruh dunia, termasuk Malaysia bahawa kita tidak akan berdiam diri selagi hak rakyat Palestin tak dihormati!

“Perjuangan ini turut didukung masyarakat seluruh dunia termasuk dari Eropah dan Amerika Latin.

“Selagi Palestin tak bebas, kita tak akan bebas…kita tak boleh melihat lagi (kezaliman Israel),” katanya ketika berucap pada malam Grand Finale Himpunan Kepong Demi Palestin di Jalan Tun Razak di sini, malam ini.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohammad Sabu yang turut hadir ke acara berkenaan, menggesa pelbagai pihak untuk terus memberi tekanan terhadap AS agar segera mendesak Israel melakukan genjatan senjata.

Menurutnya, sokongan membuta tuli AS menyebabkan Israel semakin angkuh dan bongkak dengan secara berterusan membunuh hampir 23,000 rakyat Palestin, sejak konflik kedua-dua negara tercetus pada 7 Oktober lalu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kanan) bersama Mohamad Sabu (dua, kiri) turut memberi sokongan pada hari terakhir Himpunan Kepong Demi Palestin, malam ini. – Azim Rahman/Scoop, 1 Januari, 2024

“Kalau tiada Amerika dan suku sakat di Eropah, Israel dah lama lenyap.

“Amerika kuasa besar, sepatutnya mereka bangga kerana berperang dengan Rusia atau China tapi ini (menyokong) kumpulan tiada negara (Israel), bacul punya kerajaan!

“Saya berterima kasih kepada penduduk Eropah dan Amerika, mereka tak peduli sikap kerajaan mereka, sebaliknya mereka turut bangun menolak kekejaman Israel dengan demostrasi jalanan yang dihadiri ratusan ribu rakyat,” katanya. – 1 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Related