HEADLINES

Bekalan elektrik 48 tingkat pangsapuri Razak City Residences pulih

Penduduk turut mengadu kurang lampu kecemasan tambahan di setiap unit

9:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bekalan elektrik di Razak City Residences di Sungai Besi yang mengalami gangguan malam tadi beransur pulih pada jam 1.30 pagi ini.

Ia juga menyebabkan gangguan pada lif dengan beberapa individu terperangkap di dalamnya selama kira-kira 30 minit sebelum diselamatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi.

Situasi itu menyebabkan penghuni tingkat atas di empat menara pangsapuri setinggi 48 tingkat berkenaan, terperangkap apabila hanya tangga menjadi satu-satunya laluan ke bawah.

Dipercayai ribuan orang terjejas kerana keseluruhan kompleks itu mempunyai 1,700 unit pangsapuri serta unit komersial di tingkat bawah.

Kompleks itu mempunyai 5,748 unit yang keseluruhannya ditempatkan di 12 menara.

Ketika lif mula beroperasi sejam kemudian, anggota bomba melarang penggunaan lif kerana punca kegagalan elektrik masih belum dapat dipastikan.

Beberapa orang penduduk dilihat terpaksa membawa anak-anak mereka menaiki tangga untuk ke unit kediaman masing-masing.

Penduduk turut mengadu kekurangan lampu kecemasan tambahan di setiap unit ketika gangguan berlaku.

Seorang penduduk, Dr M. Salem yang tinggal di tingkat 40 berkata, tiada sesiapa daripada pihak pengurusan menjawab aduan penduduk.

“Tetapi kami mempunyai jawatankuasa penduduk yang sangat proaktif yang menghubungi Jabatan Bomba dan TNB (Tenaga Nasional Bhd.),” kata Salem, yang berpindah dua bulan lalu.

Sehingga kini, Razak City Management atau TNB masih belum memberi sebarang maklum balas. – 1 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related