◉ HEADLINES

Pelajar terjejas banjir dibenar pakai pakaian biasa ke sekolah: JPN Kelantan 

Kelonggaran itu diberikan hingga satu tempoh yang akan dimaklumkan semula

4:12 PM MYT

 

KOTA BHARU – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan membenarkan pelajar sekolah di negeri itu yang terjejas akibat banjir baru-baru ini untuk hadir berpakaian biasa apabila sesi persekolahan bermula esok.

Pengarah JPN Kelantan, Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz berkata, kelonggaran itu diberikan hingga satu tempoh yang akan dimaklumkan semula.

“Setakat ini kita beri kelonggaran kepada pelajar yang terkesan banjir untuk mereka berpakaian biasa ke sekolah mulai esok, tak ada masalah.

“JPN Kelantan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) insya-Allah akan cuba usahakan juga untuk cari dana atau sumbangan sekiranya dapat untuk membantu pelajar-pelajar yang terjejas itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Zamri berkata, semua sekolah di Kelantan yang terjejas akibat banjir dan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) juga akan dibuka esok

“Esok, semua sekolah akan dibuka seperti biasa, tak ada masalah kerana pihak pentadbiran sekolah telah bergotong-royong sejak semalam dan hari ini untuk membuat kerja-kerja pembersihan,” katanya.

Mengulas mengenai Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh di Rantau Panjang dan SK Kedai Tanjong di Pasir Mas yang masih menjadi PPS, Zamri berkata, arahan telah diberikan sekiranya perlu, sebahagian sesi persekolahan akan dibuat secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Kedua-dua sekolah itu juga akan dibuka esok, malah guru-guru akan datang bertugas seperti biasa.

“Cuma kita serahkan kepada pihak sekolah untuk melihat keadaan sekiranya perlu untuk memberi ruang kepada mangsa banjir yang menghuni PPS, sebahagian murid akan masuk kelas dan sebahagian lagi akan berada di rumah meneruskan sesi pembelajaran secara PdPR,” katanya. – 1 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

10 filem patriotik pasukan beruniform tanah air ini wajib ditonton!

Harus diakui bahawa Malaysia masih lagi kekurangan filem-filem bergenre kenegaraan yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme dan jiwa patriostisme rakyat terhadap negara yang berjaya bebas dari cengkaman penjajah sejak 66 tahun lalu

◉ Related