HEADLINES

Pandu lawan arus, 5 kenderaan terbabit nahas di Johor Bahru

Polis Johor memaklumkan, kes itu disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalanan 1987, iaitu memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa

8:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang individu memandu melawan arus di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL) di Johor Bahru, mengundang tragedi apabila ia mengakibatkan nahas membabitkan lima kenderaan dalam kejadian awal pagi tahun baharu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah malam hari ini, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu lelaki warganegara tempatan berusia 40-an, bersama tiga penumpang dari arah utara menghala ke pusat bandar Johor Bahru, gagal mengelak sebuah Perodua Myvi.

Menurutnya, Perodua Myvi itu dipandu seorang lelaki tempatan berusia 20-an di lorong kanan melawan arus sehingga menyebabkan pelanggaran.

“Dalam pelanggaran ini, kenderaan pacuan empat roda terbabit terbalik di tengah jalan dan menyebabkan tiga buah kenderaan, masing-masing Honda City, Toyota Vios serta Audi A3 yang datang dari arah sama, tidak sempat mengelak.

“Tiga kenderaan itu melanggar kenderaan pacuan empat roda dan Myvi yang berada di tengah-tengah jalan.

“Akibat pelanggaran terbabit, pemandu Myvi cedera di tangan kanan, kaki serta leher dan masih menerima rawatan di wad zon kuning Hospital Sultanah Aminah,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, pemandu dan penumpang kenderaan lain, hanya mengalami kecederaan ringan.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalanan 1987, iaitu memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

Raub berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuassan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Johor Bahru Selatan sudah membuka kertas siasatan mengenai kes kemalangan terbabit.

“Pihak polis IPD Johor Bahru Selatan memohon orang ramai yang melihat kejadian itu untuk tampil memberi maklumat di balai polis berkenaan.

“Mereka juga boleh berhubung dengan pegawai penyiasat di talian 013-6009498,” katanya. – 1 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

We never ask for personal user data from telcos under MPD initiative: MCMC

Deputy managing director explains that all mobile data is anonymised at the telco level, with no names, IC numbers or addresses ever collected or stored by the commission

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Related