HEADLINES

Demi hasilkan lagu runut bunyi, Kasih Merintih untuk filem seram Indonesia, Aina Abdul banyak dengar lagu P Ramlee, Saloma

Bagi 2024, Aina berharap, dia akan dapat menjelajah ke seluruh Malaysia untuk bertemu peminatnya melalui konsert jelajah

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dikenali sebagai seorang yang ‘workaholic’ dan sentiasa fokus dengan kerjaya muzik dan nyanyian, namun Aina Abdul mengakui tahun 2023 banyak mengajarnya untuk berseronok sambil bekerja.

Menurut Aina lagi, dia berpeluang untuk mencari keseimbangan itu kerana memiliki individu yang tepat bukan sahaja sentiasa menolaknya untuk ke hadapan, tetapi mengajarnya untuk menikmati keseronokan dalam bekerja biarpun sesibuk mana.

“Bila saya berpeluang mencapai keseimbangan ini, kreativiti saya jadi lebih berkembang dan saya juga dapat laksanakan apa yang saya rancangkan dengan tersusun.

“Tahun 2023 sememangnya tahun paling ‘gila’ buat saya kerana saya mengeluarkan 14 lagu dalam tempoh sembilan hingga ke 10 bulan.

“Saya cuba cabar diri, melakukannya sendiri dengan bantuan empat produser hebat dan proses ini membuatkan saya lebih banyak belajar mengenai perkara berkaitan kerjaya muzik dan nyanyian saya secara lebih mendalam lagi,” katanya.

Kasih Merintih adalah ciptaan dan nyanyian sepenuhnya Aina sendiri untuk filem Trinil: Kembalikan Tubuhku yang diarahkan Hanung Bramantyo. – Gambar Instagram Aina Abdul, 2 Januari, 2024

Bagi tahun 2024, Aina berharap, dia akan dapat menjelajah ke seluruh Malaysia untuk bertemu peminatnya melalui konsert jelajah.

“Kalau dapat menjelajah ke luar negara juga dan saya memang teruja untuk bertemu dengan peminat saya di luar.

“Sebagai permulaan. Saya akan mengadakan konsert di Singapura bulan ini dan kemudian saya juga akan ke Jakarta, Indonesia untuk mempromosikan lagu runut bunyi pertama saya untuk filem seram Indonesia.

“Ia bertajuk Kasih Merintih ciptaan dan nyanyian saya sendiri untuk filem Trinil: Kembalikan Tubuhku yang diarahkan Hanung Bramantyo.

“Alhamdulillah, saya diberikan kebebasan sepenuhnya untuk menghasilkan karya lagu itu dan sebetulnya ia juga merupakan lagu karya klasik pertama yang saya tulis.

“Waktu saya tulis lagu itu, saya banyak mendapat inspirasi dengar lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma,” katanya.

Kata Aina lagi, dia mendapat peluang untuk menyanyikan lagu runut bunyi itu kerana salah seorang produsernya merupakan anak jati Malaysia.

“Dia mahu ketengahkan bakat Malaysia ke sana (Indonesia) dan antara pelakonnya dari Malaysia adalah Fattah Amin,” katanya.

Walaupun teruja dengan peluang diterima di Singapura dan di Indonesia, Aina bagaimanapun mengakui tidak mahu terburu-buru untuk menembusi pasaran luar.

“Bagi saya, yang penting saya mahu kukuhkan lagi nama dan kehadiran saya dalam industri muzik di Malaysia sebab saya rasa masih belum cukup stabil di sini,” katanya. – 2 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Related