◉ HEADLINES

Kes dadah: PDRM sahkan rakyat Malaysia ditahan di Laos, ‘polis sedang siasat terperinci’

Suspek berusia 41 tahun yang berasal dari Parit Buntar, Perak itu dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket dadah di Malaysia

7:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima makluman daripada Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Thailand (ONCB), berhubung penangkapan seorang pengedar dadah rakyat Malaysia di Vientiane, Laos pada 28 Disember lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, individu dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket dadah di Malaysia itu ditangka atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah di bawah Akta Imigresen Laos.

“Pihak ONCB Thailand mencadangkan kepada pihak polis Laos supaya suspek diusir ke Thailand kerana sudah disenarai hitamkan di bawah kesalahan akta dadah negara berkenaan.

“Suspek adalah seorang warganegara tempatan (Malaysia) yang berumur 41 tahun, sudah berkahwin dan berasal dari Parit Buntar, Perak, malah suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket dadah di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) kini sedang bekerjasama dengan pihak ONCB dan pihak polis Laos, bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

“Segala tindakan perlu akan diambil untuk memastikan kegiatan pengedaran/penyeludupan dadah yang menjadi ancaman negara, dapat dibanteras tanpa kompromi,” katanya.

Semalam, Pejabat ONCB memaklumkan mengenai penangkapan seorang pengedar dadah rakyat Malaysia dan anggota sindiket dadah rentas sempadan dalam operasi bersama antara Thailand serta Laos.

Suspek ditangkap di Laos pada 29 Disember lalu, dengan waran tangkap ke atasnya dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah sejak Ogos 2023.

Dia sebelum ini berada dalam senarai orang dikehendaki dengan ganjaran sebanyak satu juta baht dan dikatakan memainkan peranan penting dalam sindiket terbabit, lapor The Bangkok Post.

Pihak berkuasa percaya suspek bekerja dengan rangkaian dadah dari Thailand, Malaysia, China, Singapura dan Laos serta menggunakan Thailand sebagai penggubahan wang haram dan transit untuk menyeludup dadah ke Malaysia, Taiwan dan Australia. – 2 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Lower assessment rates for PJ properties, but up to 25% higher quantum due to property value

MBPJ set to review real estate taxes for 2025, 33 years after last revision

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

◉ Related