◉ HEADLINES

KPM bertemu keluarga, cari jalan penyelesaian murid tanpa dokumen kewarganegaraan

Pertemuan tersebut diadakan di Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan pada 28 Disember lalu

11:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) sudah bertemu keluarga murid tanpa dokumen kewarganegaraan yang menghadapi masalah untuk meneruskan persekolahannya.

KPM memaklumkan, pertemuan itu diadakan di Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) pada 28 Disember lalu bertujuan mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan murid terlibat meneruskan persekolahan seperti biasa.

“Beberapa cadangan penyelesaian dikemukakan berkaitan dengan keperluan dokumentasi kewarganegaraan murid terbabit.

“Pihak JPNS pula komited untuk membantu dari aspek pengurusan pendaftaran murid di sekolah. Pertemuan berlangsung dalam suasana harmoni dan mencapai hasil positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, KPM sentiasa berusaha meningkatkan akses pendidikan berkualiti untuk semua murid warganegara selari dengan agenda pendidikan manusiawi bagi memastikan tiada murid tercicir.

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dipercayai tidak dapat meneruskan darjah empat pada Mac ini kerana isu dokumentasi kewarganegaraan.

Masalah itu timbul berikutan ibu bapanya tidak mendaftar perkahwinan mereka dan kedua-duanya bercerai pada 2013.

Murid itu sebelum ini bersekolah hingga darjah tiga di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pagi, Senawang dan disebabkan tidak mempunyai kewarganegaraan, keluarganya perlu membayar RM120 setiap tahun untuk bersekolah.

Bagaimanapun pihak sekolah memberitahu kanak-kanak itu tidak dapat meneruskan persekolahan pada sesi pembukaan sekolah Mac ini disebabkan oleh dasar baharu KPM. – 3 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

◉ Related