◉ HEADLINES

Gangguan bekalan air Pulau Pinang: Ada kilang rugi jutaan ringgit kerana operasi ditutup 4 hari

Datuk Seri Lee Teong Li berkata, sepanjang beroperasi pihaknya tidak pernah berhadapan masalah gangguan air sehingga 96 jam

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kebanyakan kilang di Pulau Pinang akan menutup operasi mereka sekurang-kurangnya dua hari semasa tempoh gangguan bekalan air dari 10 Januari hingga 14 Januari di negeri terbabit.

Pengerusi Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) Pulau Pinang, Datuk Seri Lee Teong Li berkata, ia berikutan jaminan dari Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bahawa air akan disalurkan kembali secara berfasa dalam tempoh 48 jam.

“FMM Pulau Pinang ada lebih 550 ahli dan saya dimaklumkan majoriti ahli akan menutup kilang mereka, jumlah berapa banyak kilang (yang terbabit) saya tidak tahu, mungkin ribuan kilang, kebanyakan kilang memerlukan air untuk menjalankan operasi dan pengeluaran produk.

“Menurut jurucakap PBAPP, dalam tempoh 48 jam air akan disalurkan semula secara berperingkat. Kalau hari kedua itu air dah ada kembali, kita akan buka semula kilang pada hari ketiga,” katanya kepada Scoop hari ini.

Terdahulu, kira-kira 590,000 pengguna, termasuk bukan domestik di Pulau Pinang dijangka mengalami gangguan air berjadual selama 96 jam bermula 6 pagi 10 Januari hingga 6 pagi 14 Januari, bagi memberi laluan kepada kerja penggantian dua unit injap di Loji Rawatan Air Sungai Dua serta kerja sampingan di 22 lokasi di seluruh Pulau Pinang.

Teong Li berkata, sepanjang beroperasi pihaknya tidak pernah berhadapan masalah gangguan air sehingga 96 jam.

“Sebelum ini tidak pernah berlaku gangguan air sampai empat hari, malah paling terbaharu dua minggu lalu ketika masalah paip bocor di Seberang Prai, ada ahli FMM yang mempunyai kilang di Batu Maung turut terkesan, namun masalah berlaku beberapa jam sahaja tidak sampai satu hari,” katanya.

Teong Li juga tidak menafikan ada ahli FMM yang akan kerugian jutaan ringgit susulan penutupan kilang akibat gangguan bekalan air terbabit.

“Nak kira jumlah sebenar susah juga, sebab setiap kilang itu nilai keuntungan mereka berbeza bergantung kepada industri atau jenis pengeluaran barangan atau produk mereka.

“Ada yang untung sehari RM100,000, ada kilang besar yang untung berjuta, ada ahli FMM yang maklum akan tutup empat hari itu, dengan jangkaan kerugian RM10 juta,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri wajar mengurangkan kesan gangguan bekalan kepada rakyat dan semua pengguna di negeri terbabit.

“Tiada siapa yang mahu kerja harian mereka terjejas, sebab itu kita minta kalau boleh kerajaan negeri dapat laksanakan kerja penggantian itu dengan pantas, kalau 48 jam cuba jadikan 24 jam.

“Kerajaan negeri juga dinasihat mendapatkan kepakaran luar berkaitan loji rawatan air ini, supaya sentiasa bersedia dengan sebarang masalah dan penyelesaiannya. Ini supaya masalah sama tidak kembali berlaku yang pastinya menjejaskan kerja harian ramai orang,” katanya.

Bagi beliau sendiri, kilang akan melaksanakan kerja lebih masa pada Sabtu dan Ahad bagi menampung kerugian tidak dapat beroperasi kesan gangguan bekalan air.

Sementara itu, jurucakap PBAPP ketika dihubungi hari ini memaklumkan, satu taklimat berkait gangguan bekalan air terbabit diadakan bersama exco dan wakil rakyat negeri berkenaan.

“Taklimat hari ini dikhaskan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sahaja.

“Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP hanya menyampaikan maklumat berkaitan gangguan bekalan itu kepada Adun, namun tiada kenyataan lanjut dari PBAPP,” katanya. – 3 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related