HEADLINES

Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam dua insiden di Jepun

Malaysia juga bersedia menawarkan apa sahaja bentuk bantuan dan sokongan kepada Jepun sekiranya diperlukan

2:19 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia di Jepun yang terjejas dalam kejadian bencana gempa bumi dan kemalangan pesawat di lapangan terbang yang berlaku minggu ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad berkata beliau sentiasa berhubung rapat dengan Kedutaan Jepun di sini dan rakan sejawatnya di negara berkenaan bagi memantau perkembangan terkini kedua-dua insiden itu.

“Tidak ada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden di Lapangan Terbang Haneda Tokyo, dan di kawasan gempa bumi itu ada rakyat Malaysia dan pelajar-pelajar kita yang tinggal di situ tetapi tidak ada yang terjejas dan mereka semuanya selamat,” katanya.

Ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Busana Tradisional Malaysia Fasa Kedua di bawah Inisiatif Diplomasi Budaya yang turut dihadiri Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing di sini hari ini, Mohamad berkata Malaysia bersedia menawarkan apa sahaja bentuk bantuan dan sokongan kepada Jepun sekiranya diperlukan.

“Buat masa ini mereka (Jepun) mempunyai keupayaan amat mencukupi, walau bagaimanapun kita telah pun menawarkan apa juga bantuan dan bentuk sokongan yang mereka perlukan,” katanya.

Pada kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan pada Selasa, pesawat Japan Airlines JAL 516 dari Hokkaido bertembung dengan pesawat pengawal pantai MA-722 ketika mendarat di Lapangan Terbang Haneda, mengakibatkan kedua-duanya terbakar.

Lima daripada enam anak kapal pengawal pantai itu terkorban manakala kapten kapal berjaya menyelamatkan diri namun cedera parah.

Pesawat pengawal pantai itu membawa barangan bantuan untuk kawasan yang dilanda gempa bumi di Wilayah Niigata selepas beberapa siri gegaran sehingga 7.6 magnitud melanda tengah Jepun pada petang Isnin.

Isnin lepas, gempa bumi berukuran 7.6 magnitud melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun, sehingga mencetuskan ombak tsunami setinggi lebih satu meter, selain turut meruntuhkan bangunan-bangunan, menyebabkan kebakaran besar di pelabuhan dan merosakkan jalan raya.

Korban akibat gempa bumi itu meningkat kepada 78 orang setakat pagi Khamis, selepas beberapa siri gempa bumi mencecah sehingga 7.6 pada skala Richter melanda wilayah itu dan kawasan sekitarnya, lapor Xinhua.

Sementara itu pada majlis tersebut, Tiong yang mewakili Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyerahkan 20 set busana tradisional etnik-etnik utama di Malaysia berserta aksesori lengkap untuk diagihkan kepada 20 Pejabat Perwakilan Malaysia yang strategik di luar negara. 

Ia merupakan sesi penyerahan kedua oleh MOTAC selepas penyerahan kali pertama kepada 10 Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara yang telah dilaksanakan pada 27 Jan 2022.

Tiong berkata penyerahan 20 set busana tradisional itu merupakan salah satu usaha MOTAC untuk meningkatkan kefahaman dan peranan duta Malaysia di luar negara dalam mempromosikan seni dan budaya negara serta mengukuhkan kolaborasi budaya dengan pertubuhan kebudayaan antarabangsa.

“Kerjasama silang budaya ini dapat mewujudkan peluang sinergi dengan menarik penglibatan aktif pihak swasta, badan bukan kerajaan, komuniti, kerjasama antara kementerian dan jabatan kerajaan terhadap pembangunan dan kelestarian seni budaya dan warisan,” katanya.

Mohamad berkata busana yang diterima itu membolehkan pejabat-pejabat kedutaan di luar negara menjadi tempat untuk memperagakan atau mempromosikan pakaian seni budaya pelbagai etnik di Malaysia kepada masyarakat antarabangsa. – 4 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

Related