HEADLINES

Suri rumah didakwa lempar anak kucing dari flat

Pertuduhan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 itu dikemukakan pegawai pendakwaan Jabatan Veterinar

2:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan membunuh seekor anak kucing dengan mencampakkannya dari tingkat satu sebuah flat, di sini.

Nina Norhaslinda Mazlan, 44, didakwa mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana secara tidak munasabah menyebabkan penganiayaan kepada anak kucing itu yang dilemparkannya di Flat Sri Sabah di Cheras di ibu kota.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 25 Disember tahun lalu, kira-kira jam 7.35 pagi.

Nina yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Norina Zainol Abidin dan diperintah diikat jamin RM10,000.

Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaku pendakwa dalam kes itu dan pegawai pendakwaannya, Fadzilah Abdul Karim memohon supaya tertuduh dikenakan ikat jamin RM15,000.

Fadzilah turut memohon mahkamah mengenakan syarat tambahan kepada Nina supaya pasportnya diserahkan dan melaporkan diri di balai polis sebulan sekali.

Nina memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mempunyai pendapatan bulanan dan selepas itu, mahkamah mengurangkan perintah ikat jamin sebanyak RM10,000.

Mahkamah turut menetapkan 6 Februari depan untuk sebutan kes.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Fadzilah berkata, anak kucing itu meninggal dunia selepas tercampak dari bangunan. – 5 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related