◉ HEADLINES

Naim Daniel bakal muncul dengan lagu duet bersama Jamal Abdillah

Menurut Naim, dia hanya menghantar mesej melalui 'DM' di Instagram Jamal Abdillah dan tidak menyangka pelawaannya akan diterima oleh raja pop itu

10:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi, pelakon dan komposer terkenal, Naim Daniel mendedahkan dia akan muncul dengan lagu duet bersama ‘raja pop’ tanah air, Datuk Jamal Abdillah.

Menurut Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, dia sendiri tidak menyangka penyanyi hebat itu sudi menerima pelawaannya untuk berduet.

“Lagu yang saya cipta bersama Firdaus Rahmat ini berjudul Urat. Sebenarnya lagu ini pada mulanya kami ciptakan untuk orang lain. Tetapi bila dengar semula, saya rasa lagu ini sangat sedap dan ingin nyanyikan sendiri. Tetapi saya ingin berduet.

“Lepas tu terus saya DM (direct message) Datuk Jamal di Instagram. Saya tulis Assalamualaikum uncle, saya Naim penyanyi baru. Saya ada lagu baru nak bagi pada uncle. Uncle sudi tak duet dengan saya.

“Tak sangka dia akan balas mesej saya, dan minta saya hubunginya melalui telefon,” katanya ketika ditemui di sidang media konsert Pesta Muzik Kuantan.

Ditanya tentang pengalamannya berduet dengan Jamal, kata Naim dia tidak sangka penyanyi itu mempunyai sikap yang sangat ‘cool‘.

Jamal Abdillah bersetuju untuk berduet dengan Naim Daniel selepas dihubungi menerusi Instagram. – Gambar Instagram Jamal Abdillah, 6 Januari, 2024

“Saya dengan Firdaus dah la masih baru. Bayangkan perasaan kami nak merakamkan lagu dengan legenda seperti Jamal Abdillah.

“Memang kami sangat gementar pada hari rakaman itu. Saya tanya Firdaus adakah saya kelihat ‘serabai’ pada hari tersebut. Kucing saya pula baru mati petang itu sebab usus dia terbelit. Saya menangis dalam kereta.

“Tetapi bila jumpa dengan Datuk Jamal, dia merupakan seorang yang sangat ‘cool‘. Nyanyiannya sangat hebat. Bayangkan ‘first take‘ sahaja dah sedap. Dia juga menghormati kami sebagai pencipta lagu tersebut,” kongsinya.

Kongsi Naim lagi, lagu itu akan dilancarkan bulan depan.

Dalam perkembangan lain, Naim bakal terlibat dengan sebuah drama bersiri berjudul Projek Exit. Dia juga bakal terlibat dengan konsert Pesta Muzik Kuantan pada 24 Februari nanti yang dianjurkan sempena kepulangan Yang Dipertuan Agong ke negeri Pahang. – 6 Januari 2024

Topics

 

◉ Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

World sepak takraw rankings: ambitious start, stalled progress?

Six months after the ISTAF World Cup, the much-anticipated ranking system remains in limbo, leaving questions about the sport’s Olympic future

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

◉ Related