HEADLINES

Pasangan suami isteri direman seminggu bantu siasatan kes seleweng wang zakat MAIPk

Suspek lelaki berusia 50 tahun, manakala isterinya berumur 53 tahun yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat MAIPk, ditahan di Kuala Lumpur, semalam

6:41 PM MYT

 

IPOH – Pasangan suami isteri yang ditahan kerana disyaki menyeleweng kutipan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah RM9.62 juta, direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (kerana melakukan pecah amanah),” kata Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Bernama.

Semalam Mohd Yusri mengesahkan suspek lelaki berusia 50 tahun, manakala isterinya berumur 53 tahun yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat MAIPk, ditahan di Kuala Lumpur kira-kira pukul 12.35 tengah hari semalam.

Terdahulu pada Khamis Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata polis menyiasat sebuah syarikat dilantik sebagai ejen kutipan zakat oleh MAIPk, selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat sebanyak RM9.62 juta.

Beliau berkata siasatan dijalankan selepas syarikat terbabit dipercayai gagal mendepositkan wang zakat bermula Mac hingga September 2023, yang mana kes itu antara empat kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat sepanjang tahun lalu, dengan jumlah keseluruhan kerugian berjumlah RM9.71 juta. – 6 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related